in

Afgan dan Lyodra duet “Ada”, Inspirasi Dari Kisah Benar

Gandingan penyanyi popular di Indonesia, Afgan dan Lyodra menjayakan lagu berjudul “Ada” yang mana diinspirasikan melalui kisah benar milik rakan Afgan yang sudah berpisah bersama teman wanitanya.

Di samping itu, Afgan atau Afgansyah Reza, 34, menulis lirik lagu tersebut dengan mengharapkan agar rakannya kembali bersatu pada masa akan datang.

Lebih menarik lagi, penyanyi duet, Afgan dan Lyodra telah menjalinkan komunikasi di media sosial malah berhasrat untuk berkarya bersama menerusi lagu berjudul “Ada”.

“Saya dan Lyodra bersama-sama mencari lagu yang sesuai untuk kita berdua, tapi tidak dapat juga. Sampai akhirnya, saya diingatkan soal lagu “Ada” yang saya tulis tiga tahun lalu.

“Saya memperdengarkannya pada Lyodra dan dia langsung suka. Ternyata, lagu tersebut memiliki waktunya sendiri dan lebih bagus dibawakan berdua,” jelas Afgan.

Tambahnya, Afgan memberikan perhatian kepada Lyodra ketika rakaman berlangsung malah mengarahkan vokalnya walaupun Afgan mahu lagu yang melankolia namun mampu disempurnakan bersama kerana lagu tersebut memberi makna dalam hidupnya. 

“Lagu ini sangat peribadi untuk saya dan saya sayang sekali pada lagu ini. Lyodra sendiri juga mahu menerokainya dan dirinya sangat menyenangkan, membuat saya yakin bahawa hanya Lyodra yang sesuai membawakan lagu ini bersama saya,” katanya.

Untuk info, rakaman video muzik “Ada’ diadakan di Tulamben, Bali, dan diarahkan oleh Bramsky malah perkara yang dibincangkan oleh pasangan duet tersebut iaitu konsep hingga nada dapat menjayakan lagi klip video itu.

Namun begitu, Lyodra mengalami kesihatan yang buruk dan hampir pengsan semasa penggambaran dijalankan, tetapi perkara tersebut tidak menghalang dari menjayakan klip video tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, Lyodra atau Lyodra Margareta Grinting, 20 akui pasangan duetnya, Afgan sangat baik dan bersifat terbuka menerima cadangannya untuk “Ada”.

“Afgan adalah pasangan yang baik dan sangat merendah diri. Kami banyak berbincang tentang “Ada” dari awal sehingga lagunya dikeluarkan, bermula dari rakaman hingga klip video.

“Afgan memberi kebebasan pada saya untuk mencuba apa sahaja dan dia sangat menyokong tindakan saya. Proses rakaman pun menyenangkan kerana dia menemani dan mengarahkan saya,” katanya.

Sejurus itu, Lyodra berharap agar para peminat menyukai lagu tersebut malah mengingatkan para pendengar supaya tidak berputus asa dalam kehidupan walau apa pun rintangan yang mendatang.

“Semoga ramai suka akan lagu ini, boleh menemani hari-hari para pendengar, banyak yang merasai, dan menjadi doa bagi kalian yang tengah mengalami konflik dengan pasangan. Ingat, apa yang anda hadapi, anda akan tetap bersama. Semoga dipermudahkan langkah anda agar kita bersama menjadi lebih baik. Selamat mendengarkan “Ada” di semua platform digital,” jelasnya.

Di samping itu, Pengarah A&R Universal Music Indonesia, Perry Parikesit memberi sokongan penuh atas gandingan hebat bagi Afgan dan Lyodra dalam menghasilkan lagu yang enak dan kreatif.

“Universal Music Indonesia sangat menyokong kolaborasi kreatif untuk mempersembahkan lagu terbaik untuk peminat dan pencinta muzik di seluruh rantau ini. Pada kolaborasi ini keunikan setiap artis memberikan warna tersendiri yang saling melengkapi dan menjadi harmoni yang sempurna,” katanya. 

Seterusnya, Ketua A&R (Music Production & Talent Scouting) Trinity Optima Production, Dwi Santoso menyatakan pasangan duet tersebut merupakan hadiah bagi pencinta muzik Indonesia dan berharap agar lagu berkualiti akan dihasilkan lagi.

“Kolaborasi Afgan dan Lyodra ini adalah hadiah bagi para pencinta muzik Indonesia, terutama untuk para peminat tegar mereka, peminat Afganisme dan MyLyodra.

Selain perpaduan suara keduanya yang menghasilkan rasa yang indah, pesan di lagu tersebut juga tersampaikan dengan baik. Kami harap banyak penampilan dan lagu berkualiti yang lahir dari Afgan mahupun Lyodra ke depannya,” jelasnya. 


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Badrul Muhayat Meninggal Dunia Dalam Tidur

Aina Abdul ‘lahirkan’ ‘IMAJI’ Sebagai Album Sulung Digital