in

Badrul Muhayat Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelakon legenda, Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu ketika berada di Pulau Pinang.

Berita pilu itu dikongsikan oleh pelakon, Anne Abdullah menerusi Facebook miliknya dan kiriman mesej di aplikasi Whatsapp sebentar tadi.

Katanya, Badrul atau Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55,  didapati sudah tidak sedarkan diri di rumah inap oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

“Jenazah masih berada di homestay di Penang dan kini menunggu proses selanjutnya. Saya difahamkan isteri Badrul dalam proses buat laporan polis.

“Badrul ditemui tidak sedarkan diri oleh isteri dia selepas isteri dia cuba kejutkan dari tidur. Mereka satu homestay dengan Aida Aris, jadi Aida yang maklumkan perkara ini pada saya,” katanya kepada F8Buzz menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Tambah Anne, Badrul bersama beberapa selebriti termasuk Aida Aris yang merupakan ahli di bawah Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) berada di pulau mutiara itu kerana menyertai sebuah karnival di Seberang Perai.

Untuk info, Badrul dan Norhayati berkahwin pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Julia Daud, Badrul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Delisha, 16, dan Badrul Hidayat, 13.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bad Indigo Meninggal Dunia

Afgan dan Lyodra duet “Ada”, Inspirasi Dari Kisah Benar