Penyanyi, Bad Indigo dikhabarkan telah meninggal dunia di tempat kerjanya yang bertempat di Ampang, Selangor, pada jam 7 malam, Khamis.
Menurut Insta Story milik penyanyi, Liza Hanim, dia melaporkan pemergian arwah tersebut dan akan mengemaskini kembali.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Baru dapat berita @bad.indigo_official telah kembali ke rahmatullah.
“Saya akan mengemas kini informasi lain. Al fatihah,” tulisnya.
Menerusi laporan Mstar, berita duka tersebut turut dimaklumkan oleh Liza Hanim yang turut mendapat khabar daripada rakan-rakan milik suaminya, iaitu Shah yang merupakan antara ahli kumpulan nyanyian Indigo.
“Saya dapat tahu dari rakan-rakan. Arwah meninggal di tempat kerja. Punca saya pun masih belum tahu.
“Saya dan suami dalam perjalanan ke sana. Kami masih terkejut dengan berita itu,” katanya.
Liza turut berkongsi bahawa jenazah itu masih berada di tempat kejadian dan sedang diuruskan oleh paramedik.
Dalam pada itu, menerusi hantaran terakhir Bad Indigo atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, dia sempat berpesan kepada pengikut di Instagram miliknya untuk sentiasa bergantung harap dengan Allah dan jangan berputus asa serta perlu berfikiran positif.
Video berdurasi pendek itu kini telah dipenuhi dengan komen para pengikutnya yang mengucapkan salam takziah serta menzahirkan rasa sedih atas pemergiannya.
GIPHY App Key not set. Please check settings