in ,

Usia Mencecah 40 Tahun, Sherry Ibrahim Tak Kisah Digelar Andartu

Pelakon popular, Sherry Ibrahim tidak kisah andai ada yang ingin menggelarnya ‘andartu’ (anak dara tua) kerana masih belum berkahwin biarpun usianya telah mencecah 40 tahun.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, bukan dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga, namun jodoh itu belum sampai.

“Bila dah cecah usia 40 tahun, of course I want to settle down. Saya tak pernah cakap tak perlu kahwin. Saya nak! Saya nak punya anak. Sekarang ini anak kucing saya adalah segala-galanya untuk saya. Saya ingin menjaga seseorang.

“Tapi itulah, jodoh itu tak sampai lagi. Bukannya saya tidak pernah berdoa pada Allah untuk diberikan jodoh. Namun mungkin Allah tahu yang saya belum bersedia lagi,” katanya.

Ditanya wujudkah timbul perasaan takut masih lagi tidak berkahwin bila usia mencecah 40 tahun, kata Sherry kegusaran itu memang ada.

“Saya ada rasa ketakutan itu sewaktu mahu beralih usia ke umur 40 bila saya tengok kawan-kawan saya kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Tetapi bila saya fikir balik, takkan saya nak kahwin semata-mata sebab orang nak saya kahwin.

“Saya tak kisah pun andai orang nak cakap saya anak dara tua ke apa. Yang penting saya tak susahkan orang. Saya ada perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu karier seni dan perniagaan saya,” ujarnya.

Kata bekas pramugari ini lagi, bukan dia seorang yang menjalani kehidupan bujang di usia 40 tahun. Ramai lagi kawan-kawannya yang masih solo biarpun sudah mencecah usia lebih 40 tahun.

“Saya happy dengan kehidupan saya. Saya dapat mengembara ke luar negara dengan kawan-kawan. Kawan-kawan saya pun ramai yang berusia 40 tahun ke atas yang tak kahwin lagi. Tetapi semua masih hot,” kongsinya.

Biarpun sudah berusia 40 tahun, namun Sherry tetap menjalani gaya hidup yang sihat. Jika dilihat pada fizikalnya, dia masih kelihatan seperti awal 30 an. Dan disebabkan itulah, dia disunting untuk menjalinkan kerjasama dengan Glamisca menghasilkan produk makanan kesihatan yang diberi nama Wonder 4 Glam Shot.

Wonder 4 Glam Shot merupakan jeli yang datang dalam bentuk sachet yang mengandungi ginseng merah Korea yang boleh membantu memberikan tenaga, mengurangkan tekanan, tidur yang lebih nyenyak dan menjaga kulit muka.

Selain sibuk dengan perniagaan, Sherry juga terlibat dengan program nyanyian iaitu Mic On Selebriti yang disiarkan di Awesome TV setiap hari Sabtu. Dia juga bakal muncul dengan drama terbaru menerusi slot Samarinda tidak lama lagi.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tular Video Anak Azhar Sulaiman, Leona Berbikini Putih Ketika Mandi Sungai

Datuk Syafinaz Selamat Merayu Pada Rakyat Malaysia Supaya Tidak ‘Ignore’ Penyanyi Yang Berbakat