in ,

Raya Rempit Achey Trending Top 15 di YouTube

Pelawak, Achey yang tidak asing dengan minatnya terhadap permotoran muncul dengan lagu raya unik berkonsepkan motor berjudul Raya Rempit.

Selepas beberapa hari dimuat naik di YouTube, Raya Rempit terus trending dan mendapat kedudukan top 15 di dalam carta trending YouTube.

Hasil ciptaan Achey sepenuhnya, ahli anggota kumpulan Bocey itu mahu lari dari menceritakan tentang elemen-elemen raya yang sering dimasukkan dalam lagu raya.

“Lagu Raya Rempit ini bertujuan untuk lari sikit daripada lagu-lagu yang menceritakan mengenai balik kampung, memasak, bermaaf-maafan dan sebagainya sebab itu memang kita tahu akan dilakukan pada hari raya.

“Menerusi lagu Raya Rempit ini, saya mahu menceritakan kebiasaan sambutan raya yang jarang ditampilkan di dalam sesebuah lagu.

“Semua orang yang nak raya mesti akan beli baju raya dan hias kereta dengan cantik. Sama juga dengan mereka yang balik ke kampung dengan menaiki motosikal.

“Bila nak balik kampung, mereka mesti akan cantikkan motor dan bersihkannya, jadi lagu ini adalah untuk mereka. Itu adalah kebiasaan bila nak beraya,” katanya.

Menurut Achey proses rakaman dan penggambaran mengambil masa yang singkat dan dibuat di satu lokasi sahaja.

“Apabila saya bagi saja melodi ini kepada pasukan Seventeen Eleven Music, mereka terus setuju untuk rakamkannya. Lagu berserta video muzik dapat disiapkan dalam tempoh tiga ke empat hari sahaja. 

“Muzik video kami juga ringkas dan hanya menggunakan apa yang ada dalam kedai motosikal sahaja.

“Saya adalah rakan kongsi kepada bisnes menjual aksesori motosikal dan saya menggunakannya untuk ditampilkan di dalam muzik video lagu ini,” jelasnya lagi.

Kini Raya Rempit boleh didengarkan di semua platform muzik digital dan muzik videonya juga boleh ditonton di YouTube Seventeen Eleven Music.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Big Stage Kembali Di Musim Kelima, Ini Barisan Peserta-Peserta…

Syada Amzah Hanya Mahu ND Lala Baca Surat Terbuka, Ibu Tidak Failkan Penceraian