in ,

Konsert Patah Hati Tampilkan 6 Penyanyi Hebat Malaysia

Buat julung kalinya, ANS Diversified Sdn Bhd bakal menampilkan enam penyanyi hebat iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri, Naim Daniel, Aisha Retno, Insomniack dan Nastia dalam Konsert Patah Hati yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac ini.

Menurut Pengarah Projek, Ahmad Faizal Zulkipli konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu cinta yang menyentuh perasan dalam pelbagai genre dan popular bukan sahaja terkini malah sepanjang zaman.

Difahamkan bahawa konsert bakal berlangsung selama tiga jam dan konsep seperti ini belum pernah dilakukan di mana-mana konsert lain. Ini akan menjanjikan kepuasan kepada penonton yang hadir.

Pengalaman menyanyi di atas pentas yang dimiliki oleh kesemua artis meyakinkan pihak penganjur yang mereka boleh beraksi di Konsert Patah Hati tanpa sebarang masalah.

“Ernie Zakri, Noh Salleh dan Naim Daniel pernah beraksi dalam banyak konsert dan acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Aisha Retno pula sangat kreatif dan energetik apabila di pentas dan baru saja melancarkan single terbarunya I Love Sadness More.

“Insomniacks dianggotai tiga anak muda, Iqie, Iskandar dan Danial pula hebat dengan single Pulang yang menjadi juara carta lagu domestik paling banyak distrim pada 2019 di media digital.

“Begitu juga dengan Nastia yang sangat diminati dengan lagu Rapuh dan ada pengalaman beraksi secara live,” jelas Faizal.

Tiket Konsert Patah Hati boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.my dengan harga serendah RM170.

Tiket KONSERT PATAH HATI berharga:
RM170 (CAT 1 & CAT 2 – SANG PENIKAM) – Early Bird RM158

RM284 (CAT 3 – MAINAN) – Early Bird RM268

RM253 (CAT4 – RAPUH PENCARIANKU)

RM5,229 (VIP BOX & SUITE – PULANG & BONEKA)

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

9 Tahun Bertahan Akhirnya Puteri Sarah Failkan Penceraian

Siti Sisters Juara Mingguan Famili Duo 2 Minggu Ke-5, Senarai Penuh Markah Peserta