Sunday • 20 June 2021

Terkini

Salammusik Cipta ‘Kuasa’ Hapuskan Peperangan Antara Israel-Palestin

Pada era teknologi moden ini, siapa sangka masih berlaku peperangan. Malah daripada kajian Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu.

Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana peperangan.

Tetapi adakah itu yang kita mahu? Memperoleh keuntungan daripada peperangan dan kematian?

Sampai bila kah peperangan antara Israel dan Palestin yang berterusan dapat diputuskan? Lebih dari satu abad Palestin berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.

“Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian,” begitu pandangan Ashraf Salam mewakili kumpulan  Salammusik.

Atas keprihatinan mereka itu, Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru, ‘Kuasa’.

‘Kuasa’ apa kah itu?

“Kuasa” adalah lagu rilis kedua Salammusik dalam tempoh masa sebulan, di mana pada 30 April lalu, band ini telah melancarkan ‘Galaksi Rindu’ sebuah lagu tentang kerinduan. 

“Kami ingin memberi kesedaran kepada anak-anak di kawasan perang dan menyumbang kepada perubahan positif dengan mengeluarkan lagu ini. Muzik tidak mempunyai  sempadan untuk menyatukan orang dan memulihkan hubungan,” jelas Ashraf mengenai tujuan dan niat Salammusik menghasilkan ‘Kuasa’.

Bermatlamat untuk menulis muzik yang memberi kesedaran dari segi sosial malah senang di dengar, ‘Kuasa’ adalah lagu yang mempunyai mesej tersendiri.

“Kami percaya bahawa para pemimpin perlu berbincang dan berhenti menghabiskan lebih banyak wang untuk membunuh dan memusnahkan. Ia telah menyebabkan begitu banyak kematian, penderitaan dan kerosakan infrastruktur penting. 

“Kita tidak boleh membiarkan perkara ini melangkah lebih jauh, kita harus memikirkan semua orang yang tidak bersalah, terutama anak-anak! Sekiranya mereka tumbuh dengan begitu banyak keganasan, pemimpin seperti apa mereka? Pertempuran mesti berhenti!,” tegas kumpulan yang dianggotai 10 orang ini.

Malah sebagai sebuah kumpulan raggae yang ditubuhkan pada tahun 2006 di Malaysia tetapi telah menjelajah melakukan beberapa siri konsert ke negara Eropah, Salammusik berharap lagu mereka ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat global.

Jom tonton di atas tu video muzik ‘Kuasa’ di saluran Youtube Salammusik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

[tdn_block_newsletter_subscribe title_text=”Sentiasa bersama F8Buzz” description=”RGFwYXRrYW4lMjBhcnRpa2VsJTIwYmVyaXRhJTJDJTIwaW5zcGlyYXNpJTJDJTIwZ2F5YSUyMGhpZHVwJTIwJTI2JTIwaGlidXJhbiUyMHRlcmtpbmklMkMlMjB0ZXJ1cyUyMGtlJTIwZW1haWwlMjBhbmRhLiUyMERBRlRBUiUyMFNFS0FSQU5HIQ==” input_placeholder=”Email” tds_newsletter2-image=”5″ tds_newsletter2-image_bg_color=”#c3ecff” tds_newsletter3-input_bar_display=”row” tds_newsletter4-image=”6″ tds_newsletter4-image_bg_color=”#fffbcf” tds_newsletter4-btn_bg_color=”#f3b700″ tds_newsletter4-check_accent=”#f3b700″ tds_newsletter5-tdicon=”tdc-font-fa tdc-font-fa-envelope-o” tds_newsletter5-btn_bg_color=”#000000″ tds_newsletter5-btn_bg_color_hover=”#4db2ec” tds_newsletter5-check_accent=”#000000″ tds_newsletter6-input_bar_display=”row” tds_newsletter6-btn_bg_color=”#da1414″ tds_newsletter6-check_accent=”#da1414″ tds_newsletter7-image=”7″ tds_newsletter7-btn_bg_color=”#1c69ad” tds_newsletter7-check_accent=”#1c69ad” tds_newsletter7-f_title_font_size=”20″ tds_newsletter7-f_title_font_line_height=”28px” tds_newsletter8-input_bar_display=”row” tds_newsletter8-btn_bg_color=”#00649e” tds_newsletter8-btn_bg_color_hover=”#21709e” tds_newsletter8-check_accent=”#00649e” embedded_form_code=”JTNDIS0tJTIwQmVnaW4lMjBNYWlsQ2hpbXAlMjBTaWdudXAlMjBGb3JtJTIwLS0lM0UlMEElMEElM0Nmb3JtJTIwYWN0aW9uJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ0YWdkaXYudXMxNi5saXN0LW1hbmFnZS5jb20lMkZzdWJzY3JpYmUlMkZwb3N0JTNGdSUzRDZlYmQzMWU5NGNjYzVhZGRkYmZhZGFhNTUlMjZhbXAlM0JpZCUzRGVkODQwMzZmNGMlMjIlMjBtZXRob2QlM0QlMjJwb3N0JTIyJTIwaWQlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMG5hbWUlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMGNsYXNzJTNEJTIydmFsaWRhdGUlMjIlMjB0YXJnZXQlM0QlMjJfYmxhbmslMjIlMjBub3ZhbGlkYXRlJTNFJTNDJTJGZm9ybSUzRSUwQSUwQSUzQyEtLUVuZCUyMG1jX2VtYmVkX3NpZ251cC0tJTNF” descr_space=”eyJhbGwiOiIxNSIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE1In0=” tds_newsletter=”tds_newsletter3″ tds_newsletter3-all_border_width=”0″ btn_text=”Daftar” tds_newsletter3-btn_bg_color=”#ea1717″ tds_newsletter3-btn_bg_color_hover=”#000000″ tds_newsletter3-btn_border_size=”0″ tdc_css=”eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjAiLCJiYWNrZ3JvdW5kLWNvbG9yIjoiI2E3ZTBlNSIsImRpc3BsYXkiOiIifSwicG9ydHJhaXQiOnsiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdF9tYXhfd2lkdGgiOjEwMTgsInBvcnRyYWl0X21pbl93aWR0aCI6NzY4fQ==” tds_newsletter3-input_border_size=”0″ tds_newsletter3-f_title_font_family=”445″ tds_newsletter3-f_title_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_descr_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_descr_font_size=”eyJhbGwiOiIxMiIsInBvcnRyYWl0IjoiMTEifQ==” tds_newsletter3-f_descr_font_line_height=”eyJhbGwiOiIxLjYiLCJwb3J0cmFpdCI6IjEuNCJ9″ tds_newsletter3-title_color=”#000000″ tds_newsletter3-description_color=”#000000″ tds_newsletter3-f_title_font_weight=”600″ tds_newsletter3-f_title_font_size=”eyJhbGwiOiIyMCIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE4IiwicG9ydHJhaXQiOiIxNiJ9″ tds_newsletter3-f_input_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_btn_font_family=”” tds_newsletter3-f_btn_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_title_font_line_height=”1″ title_space=”eyJsYW5kc2NhcGUiOiIxMCJ9″]