Sunday • 24 October 2021

Terkini

ASTRO Sediakan 229 Program Menarik, Peluang Menang Hadiah

Raya dah nak dekat tetapi nampak gayanya sekali lagi tahun ini sambutan Aidilfitri perlu disambut di lokasi masing-masing waima pandemik COVID-19 menghalang berlakunya rentas negeri apatah lagi semakin hari jumlah kes positif semakin meningkat.

Sudah tentu banyak masa yang terluang di rumah menyebabkan keluarga beralih ke layar tv bagi menonton aneka jenis program yang diatur.

Astro tidak ketinggalan mencari ruang penambahbaikan bagi memastikan pelan inisiatif  kandungan strategik yang dirangka. secara holistik mampu memberi impak hingga terus ke hati segenap pelanggannya.

Sehubungan itu, sejajar dengan tagline ‘Buka Lembaran Baharu’, pengisian Syawal tahun ini bakal disemarakkan dengan himpunan lebih 229  program-program hebat di semua rangkaian platform Astro.

Iklan komersial terbitan Astro juga merupakan antara pengisian utama yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali Syawal menjelma. 

“Jika tahun lepas kita hadir dengan genre animasi, tahun ini kami kembali memilih naskhah pendek yang cukup dekat dengan hati masyarakat zaman sekarang,” ujar Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro pada majlis sidang media Tayangan Perdana Program Raya Astro 2021 secara virtual baru-baru ini.

Menerusi kisah ‘Singkap Dari Tingkap’, konsep jendela telah diangkat sebagai nadi kepada penceritaan kali ini bagi meneruskan kesinambungan tema ‘Buka Lembaran Baharu’.

“Plot twist kisah ini juga sarat dengan mainan emosi serta penuh dengan iktibar. Semoga kisah kali ini sekali lagi diterima baik dan mampu memberikan kesan yang mendalam seperti iklan-iklan komersial yang pernah diterbitkan sebelum ini, “ tambah Azlin.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan, pelbagai tawaran menarik menanti para pelanggan sepanjang musim perayaan ini menerusi program kesetiaan pelanggan ‘Astro Rewards’ serta promosi eksklusif di Go Shop.

“Kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi aktiviti CSR yang telah pun direncanakan menerusi program ‘Astro Bersama McDelivery Berbakti.’ “ sambung Azlin.

Istimewa di musim perayaan, pelanggan NJOI kini boleh mendapatkan program kegemaran mereka dalam format definisi tinggi (HD) menerusi Pek HD NJOI bermula 28 April 2021. 

Pek baharu ini menawarkan akses langganan 10 buah saluran HD dengan hanya RM15 selama 30 hari. 

Nikmati pengalaman lancar di aplikasi baharu My NJOI sewaktu membuat pembelian, menambah kredit prabayar serta melihat pilihan kandungan yang ditawarkan menerusi Pek NJOI. 

Pendekata, bagi menghidupkan lagi suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri dalam norma baharu, dua buah lagu khas terbitan Rocketfuel Entertainment hasil ciptaan komposer S. Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa, ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ dan ‘Lebaran Telah Tiba’ dilancarkan di kesemua platform muzik digital  seperti JOOX< Spotify, Apple Music dan Deezer.

Jadi jika korang nak tahu apa kah program-program menarik yang menanti seperti antaranya ‘MegaRaya Ria’ yang menawarkan pelbagai ganjaran untuk dimenangi bermula pada malam raya perlu mengikuti lima buah episod khas secara langsung serta lima buah episod rakaman secara berturut-turut mulai 12 Mei 2021.

Program eksklusif berkenaan bakal dihoskan oleh Dato’ AC Mizal, Sherry AlHadad serta personaliti ERA iaitu Danial Zaini dan Radin Amir.

Banyak lagi sebenarnya program yang menyediakan hadiah lumayan sambil menonton rancangan-rancangan menarik. Bayangkan lah ada lebih 229 program istimewa bagi mengisi masa lapang di rumah, mana satu nak tonton tu?

Sehubungan itu,  layari  www.astroraya.com.my.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!