in

Tambah 45 episod baharu, ini 7 trivia menarik drama ‘Angkara Cinta’!

Disebabkan sambutan hangat dan cukup positif yang diterima daripada para peminat, tayangan drama bersiri ‘Angkara Cinta’ kini disambung lagi! Bukan satu, bukan tiga, tapi sebanyak 45 buah episod baharu akan terus menemui penonton mulai hari ini.

Hun Haqeem sebagai Luqman dalam drama ‘Angkara Cinta

Mengikut perancangan awal, naskah adaptasi melodrama arahan sutradara Hadith Omar ini sepatutnya berakhir di episod 70 pada 5 Februari yang lalu. Namun, dengan pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 115 buah episod!

Apakah uniknya drama ‘Angkara Cinta’ ni? Berikut adalah trivia menarik drama yang dibintangi Hun Haqeeem, Meerqeen dan Wanna Ali itu:

Kemesraan Merqeen dan Wanna Ali di set penggambaran tidak boleh disangkal lagi
  1. Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) di Lembah Klang bermula 13 Januari lalu, pihak produksi mengambil keputusan untuk berpindah lokasi ke Ipoh, Perak bagi menyambung penggambaran yang masih berbaki untuk mengekalkan momentum sekaligus mengelakkan sebarang kesulitan.
  2. Namun begitu, penggambaran tersebut hanya sempat diteruskan selama beberapa hari sahaja dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu apabila Perak turut diumumkan berada di bawah PKP 2.0 bermula 22 Januari sehingga kini. Sepanjang tempoh PKP 2.0 berkuatkuasa, seluruh kru produksi dan barisan pelakon yang terlibat memutuskan untuk kekal berada di Ipoh.
  3. Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja terjamin, pihak produksi turut mengambil inisiatif agar kesemua yang terlibat dengan penggambaran drama ‘Angkara Cinta’ perlu menjalani ujian saringan berkumpulan serta terikat dengan kawalan kendiri dan pematuhan SOP yang ketat sebagai langkah berjaga-jaga.
  4. Pihak produksi juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kurier setiap hari dari Ipoh untuk menghantar ‘footage’ penggambaran kepada penyunting drama yang berada di Kuala Lumpur.
  5. Pihak produksi juga harus berfikir di luar kotak secara kreatif dan teliti bagi memastikan rekaan set untuk lokasi di Ipoh kelihatan sama seperti set di Kuala Lumpur supaya perubahan lokasi tidak nampak ketara di skrin.
  6. Kesemua pelakon yang terlibat memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan drama ini meskipun terpaksa berpindah lokasi di luar Lembah Klang untuk satu jangka masa yang tidak menentu buat masa sekarang akibat peningkatan kes Covid-19.
  7. Sebahagian daripada garapan plot dan skrip asal terpaksa dirombak semula daripada episod 60 untuk memastikan naratif penceritaan selari dengan penambahan episod.
Wanna Ali sebagai Adira dalam drama ‘Angkara Cinta’ – takut ular ke tu?

Untuk pengetahuan anda, drama ini turut mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Michael Ang selaku penerbit serta barisan penulis skrip yang diketuai oleh Amor Rizan dan Rehal Nuharis.

Antara barisan pelakon yang juga terlibat menjayakan drama ini termasuklah Hun Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Datin Nina Juren, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Roy Azman serta ramai lagi.

Menarik betul drama ni sampai 115 episod gamaknya! ‘Angkara Cinta’ disiarkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Shaheizy Sam, Syatilla Jual ‘Pelaris Cinta’ Demi Kasih?

Pelanggan Astro Kini Boleh Layan ‘Movie’ Hebat Percuma