Sunday • 7 March 2021

Terkini

Dulu ‘Sumpah’ Kini ‘Sembah’ Naim Daniel Bawa Kejayaan

Jika lagu ‘Sumpah’ ciptaan Naim Daniel berjaya menggengam trofi Anugerah Juara Lagu ke-34, penyanyi itu sekali lagi mencipta kejayaan apabila ‘Sembah’  yang dihasilkan bersama Man Kidal berjaya pula memenangi kategori ‘Lagu Featuring Hit’ pada malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 yang melabuhkan tirainya secara digital pada semalam, 27 Januari 2020.

Lima kategori lain yang dipertandingkan di mana seratus peratus hak undian diberikan pada peminat menyaksikan Juara Big Stage musim ke-3, Azzam Sham dipilih sebagai ‘Artis Baru Baek’ termasuk kelab peminatnya, ‘Azzam Troopers’ memenangi kategori ‘Fan Club Paling Ngam’.

Penyanyi rap popular, MK K Clique pula berjaya menewaskan pesaingnya Naim Daniel, Syamel, Alif Satar dan Asyraf Nasir sebagai ‘Artis Norma Baharu’ manakala lagu ciptaan Hael Husaini, ‘Peluang Kedua’ feat MK turut memenangi kategori ‘Lagu Viral Onz’.

 Selain ‘Artis Norma Baharu’, kategori kedua  terbaharu menyaksikan Soloz dipilih peminat sebagai ‘Influencer PKP ERA’.

Mesti ada yang tertanya-tanyakan siapa Soloz kerana sudah tentu tidak semua orang mengenalinya apatah lagi beliau bukannya seorang artis tetapi influencer.

Soloz atau nama sebenarnya, Fariz Zakaria, 27, merupakan ikon sukan elektronik (e-sukan) dan juga streamer Facebook Gaming yang digelar ramai sebagai ‘Maharaja Soloz’.

Mempunyai jumlah pengikut seramai 1.1 juta di laman instagramya, pemenang Anugerah Pencipta Kandungan Dengan Tontonan Tertinggi dari Facebook Gaming yang diterima sempena Facebook Creator Summit di Manila, Filipina yang mengumpulkam 100 pencipta kandungan daripada rantau Asia Tenggara ini sering juga menghiburkan penonton dengan lawak jenaka dan suka berbual. Mungkin sifat rendah dirinya itulah yang membuatkan peminatnya tak rasa jemu menonton livestreamnya setiap hari. 

Tahniah Soloz.

EDMA 2020 yang distrim live secara langsung menerusi YouTube, Facebook Live dan Instagram ERA serta melalui Facebook Live Astro Gempak, dihoskan oleh Danial, Radin (dari segmen ERA D’Boyz) dan Isha (dari segmen Gempak Hit ERA), juga merupakan personaliti baharu ERA.

Pentas digital EDMA 2020 telah dihangatkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, dengan lagu terkenal AEWO; Neeta Manishaa, ‘Hanya Mimpi’, gabungan suara Harith Zazman, Loca B dan Tuju, membawakan dua buah lagu bertajuk ‘Cute’ dan ‘Tak Tahu’ serta penampilan Yonny Boi, Asyraf Nasir, dan Azzam Sham.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas undian dan sokongan mereka untuk EDMA 2020. Kami berharap peminat dapat menikmati anugerah dan turut terhibur dengan persembahan semasa mereka selamat berada di rumah ketika pendemik ini. Peminat boleh terus mengikuti kami di YouTube dan platform sosial kami yang lain untuk mendapatkan maklumat yang lebih menarik,” akhiri Pengurus Kandungan ERA, Erman Zaki.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!