Dalam keadaan negara masih berperang dengan wabak COVID-19, kita seperti sudah terbiasa dengan kehidupan norma baharu bukan sahaja pada cara gaya hidup tetapi nampak gayanya ia menular menjadi satu idea yang diguna pakai ramai.
Antaranya dua kategori baharu yang diperkenalkan pada majlis ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 dinamakan Anugerah Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA.
Dua anugerah baharu berkenaan menjadikan enam kategori keseluruhannya meliputi ‘Artis Baru Baek’, ‘Lagu Featuring Hit’, ‘Lagu Viral Onz’ dan ‘Fan Club Paling Ngam’ bakal diterima penyanyi dan selebriti tempatan yang telah menghiburkan peminat-peminat ERA sepanjang tahun 2020 pada EDMA 2020 yang akan bersiaran secara langsung dalam talian menerusi peranti mudah alih pada 27 Januari 2021 ini.
Para peminat hiburan boleh strim siarang langsung berkenaan bermula jam 9 malam menerusi Facebook Live, YouTube dan Instagram ERA.
Melalui undian yang diberikan hak seratus peratus kepada peminat memilih pemenang pada setiap kategori bermula 28 Disember 2020 hingga 18 Januari 2021 lalu, lima artis yang tercalon dalam kategori Artis Norma Baharu terdiri daripada Naim Daniel, Syamel, Alif Satar, Asyraf Nasir dan MK K-Clique.
Manakala kategori ‘Influencer PKP ERA‘ lima calon yang berada dalam senarai adalah Soloz, Azfar Heri, Sir Fathi, Sofyank dan Durian Kimchi.
Wah! Agak-agak ada yang kenal tak nama Influencer PKP ERA tu? Pendengar setia ERA mesti tahu kan?
Apa pun kita tunggu dan lihat keputusannya pada 27 Januari nanti ya di mana penonton akan turut dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Shiha Zikir, Neeta Manishaa, Harith Zazman, Loca B, Tuju, Yonny Boi, Asyraf Nasir dan Azzam Sham.
Jadi, tandakan kalendar anda ya supaya tidak ketinggalan mengikuti live strim EDMA 2020 untuk mengetahui siapa kah artis pilihan anda menang besar.
Maklumat lanjut dan terkini EDMA 2020 boleh layari Facebook, Instagram dan laman rasmi ERA.
GIPHY App Key not set. Please check settings