in ,

Ayda Jebat, Nafiz Muaz Buka Tirai Perkahwinan Artis 2021

Dua selebriti terkenal, Ayda Jebat, 28,  dan pelakon baharu, Nafiz Muaz , 22, membuka jendela tahun baharu  dengan memilih  anak Dato sebagai pasangan masing-masing pada dua tarikh berselang sehari pada 1 dan 2 Januari 2021. 

Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara Nabil bin Dato Ahmad Mahir, 33, selepas diijabkabulkan dengan sekali lafaz  di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr, Ismail, pada 1.1.2010 kira-kira jam 3.28 petang sementara pada 2 Januari 2021 menyaksikan pula Nafiz Muaz bergelar suami selepas dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Diyana binti Dato Seri Omar Ahmad di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 11.33 pagi.

Majlis perkahwinan yang berlangsung tertutup tetapi mengikut norma baharu  dengan mematuhi prosedur  operasi standard (SOP)  turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah manakala  acara akad nikah Ayda Jebat juga yang mengikut SOP berlangsung dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak sahaja.

Rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat bersama mas kahwin berupa seutas gelang emas tetapi merahsiakan wang hantaran atas permintaan keluarga.

Berlainan dengan Nafiz Muaz yang memperisterikan ahli perniagaan, Diyana wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1,001 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Foto kredit: BH online/Ihsan Nafiz Muaz.

Khabarnya, perkahwinan antara pelakon muda  yang digilap melalui platform  Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)  2016 sebagai finalis ini, sepatutnya telah dirancang lama tetapi terpaksa ditunda dua kali gara-gara pandemik COVID-19.

“Saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal ini dan memilih tanggal 2 Januari 2021 sebagai saksi hari bersejarah kami,” memetik luahan hati Nafiz atau nama penuhnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir.

Mereka dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi pada 21 Januari 2021 manakala majlis bertandang akan diadakan di Sungei Petani pada Februari depan.

Foto kredit: Instagram @aydajebat.

Sementara itu, bagi pasangan Ayda dan Nabil pula mereka masih belum menetapkan majlis resepsi melainkan tumpuan pada melangsungkan yang wajib terlebih dahulu malah sudah bersedia menyentuh soal cahaya mata.

“Saya sudah bersedia memikul tanggangjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat,” lapor Ayda.

Apa pun, pasangan ini mencipta sejarah tersendiri apabila melangsungkan majlis pertunangan mereka secara dalam talian pada 28 April 2020 lalu berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuat kuasa.

Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua artis ini.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

#Throwback 8 Topik Paling Hangat 2020

Ayie Floor88, Artis Pertama Bertunang