Sempena 18 tahun dalam bidang muzik, Azharina Azhar bakal muncul dalam konsert berskala besar buat julung kalinya pada 29 Jun ini di Teater Shah Alam.
Konsert yang dinamakan Queen of Soul itu bakal membawa penonton menikmati gemersik vokal Azharina yang memang memukau dan diakui sebagai antara penyanyi terbaik negara.
Mempunyai rangkaian lagu berhantu seperti Seandainya, Elegi Sepi, Rawan, Sekian Terima Kasih, Cinta Terbagi Dua, Lakar Janji, Azharina memberitahu dia juga bakal membawakan lagu-lagu Bahasa Inggeris yang sesuai dengan vokalnya.
Azharina sebelum ini pernah menggegarkan Hard Rock KL menerusi lagu Proud Mary pada siri persembahan dua tahun lalu.
Mengenai kelebihan dan kelainan yang akan ditonjolkan, Azharina mengakui akan cuba terbang pada konsert itu nanti selain mengundang seorang penyanyi dari negara jiran.
“Saya bakal diiringi pemuzik orkestra dan menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu popular saya serta beberapa lagu lain. Saya bakal menyampaikan 14 lagu secara solo dan satu lagu duet bersama penyanyi jemputan,” kata Azharina.
Menurut Pengarah Urusan penganjur konsert, Syahrizal Ismail, Konsert Azharina Queen of Soul bakal berlangsung selama satu hari sahaja.
Konsert ini mendapat sokongan Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT selain bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, FUFC The Fighters dan Pemadam Negeri Selangor.
Tiket sudah mula dijual di www.atlasoneevents.com pada harga RM288 (VIP), RM188 (kategori A), RM158 (kategori B) dan RM108 (kategori C). Gayah memang pasti akan pergi, jumpa nanti ya Nyonya!
GIPHY App Key not set. Please check settings