Kalau selama ini anda terpaksa terbang ke Bangkok untuk menikmati suasana Thailand, kini pengalaman itu boleh dirasai di Shah Alam menerusi Amazing Thailand Fest 2026 yang berlangsung di Central i-City dari 26 hingga 28 Jun.
Festival yang dianjurkan hasil kerjasama antara Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) dan Central i-City itu membawakan pelbagai tarikan termasuk makanan jalanan Thailand, persembahan kebudayaan, aktiviti interaktif serta penampilan khas selebriti popular Thailand.
Lebih menarik, Malaysia menjadi destinasi terakhir bagi siri jelajah global Amazing Thailand Fest 2026 selepas festival tersebut singgah di beberapa bandar utama dunia.
APA
Amazing Thailand Fest 2026.
BILA
26 hingga 28 Jun 2026.
DI MANA
Central i-City, Shah Alam.
TARIKAN
Makanan Thai, persembahan budaya, selebriti Thailand dan aktiviti keluarga.
ISTIMEWA
Peluang memenangi percutian ke Phuket.

Third Lapat Turut Bertemu Peminat
Antara tarikan yang paling dinantikan sudah tentunya kemunculan pelakon dan penyanyi popular Thailand, Third Lapat.
Bintang itu bakal menghiburkan peminat menerusi persembahan secara langsung selain menyertai demonstrasi memasak yang memberi peluang kepada pengunjung melihat sisi berbezanya.
Kehadiran beliau dijangka menjadi antara tumpuan utama festival, khususnya dalam kalangan peminat hiburan Thailand di Malaysia.

Syurga Buat Pencinta Makanan Thailand
Festival ini turut membawakan Thai Food Bazaar yang menawarkan pelbagai makanan jalanan dan hidangan autentik Thailand.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai menu popular sambil menyaksikan persembahan kebudayaan seperti Nora, Phirom Ros Siam, Pong Pai serta pelbagai persembahan tradisional lain sepanjang festival berlangsung.


Banyak Aktiviti Untuk Seisi Keluarga
Selain makanan dan persembahan pentas, Central i-City turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.
Antaranya termasuk bengkel kreatif, seni dan kraf, kelas membuat pencuci mulut Thailand, bengkel Muay Thai untuk kanak-kanak, pengalaman urutan tradisional Thailand serta pelbagai permainan interaktif.
Pengunjung juga boleh mengunjungi Sawasdee Lounge yang diinspirasikan daripada konsep pasar terapung Thailand lengkap dengan pencuci mulut, minuman, persembahan busker dan sudut bergambar.
Presiden Central Group dan Pengarah Central Pattana Plc., Wallaya Chirathivat berkata pihaknya berbangga kerana Central i-City dipilih sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara untuk menganjurkan festival tersebut.
“Kami amat berbesar hati kerana Central i-City dipilih sebagai tuan rumah Amazing Thailand Fest 2026 selepas kejayaan penganjurannya di beberapa destinasi utama Eropah.
“Sebagai syarikat yang berasal dari Thailand dan mempunyai kehadiran kukuh di Malaysia, kami berbangga dapat membawa kehangatan, kreativiti, keunikan makanan serta budaya Thailand lebih dekat kepada rakyat Malaysia,” katanya.


Menang Percutian Ke Phuket
Bukan sekadar menikmati festival, pengunjung juga berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran menarik.
Mereka yang berbelanja minimum RM200 di kedai-kedai terpilih Central i-City boleh menebus Teh Ais Thai ChaTraMue secara percuma.
Lebih menarik, lima pengunjung dengan jumlah perbelanjaan tertinggi sepanjang festival bakal memenangi hadiah utama berupa percutian pergi dan balik ke Phuket.

Jangan Lepaskan Peluang
Dengan gabungan makanan autentik, budaya, hiburan, aktiviti keluarga dan peluang bertemu selebriti Thailand, Amazing Thailand Fest 2026 menjanjikan pengalaman seolah-olah bercuti di Thailand tanpa perlu meninggalkan Malaysia.
Festival ini berlangsung dari 26 hingga 28 Jun, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Central i-City, Shah Alam.


GIPHY App Key not set. Please check settings