in

Anuar Zain Janjikan ‘Fresh Start’, Ella & Dayang Ajak Buang Beban Emosi Di Healing Nite 2026

Screenshot

Healing Nite 2026 tampil sebagai sebuah pengalaman muzik yang dirancang khusus untuk menyentuh jiwa, dijadual berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Harga tiket

Menggabungkan deretan nama besar dari Malaysia dan Indonesia, acara ini menghimpunkan Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, serta bintang serantau Lyodra dan Kangen Band sekali gus menjanjikan malam yang bukan sahaja menghibur, tetapi turut menyembuhkan.

🎶 Healing Nite 2026
  • Anuar Zain melihat Healing Nite 2026 sebagai ruang ‘reset’ emosi dan minda awal tahun.
  • Ella mahu peminat melepaskan stress dan tekanan melalui tenaga muzik.
  • Dayang Nurfaizah mengajak penonton menikmati hiburan sebagai aktiviti sihat dan positif.
  • Healing Nite 2026 bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka.
  • Barisan artis termasuk Lyodra dan Kangen Band dari Indonesia.
  • Konsep konsert diperkaya dengan Healing Tent dan pengalaman gaya hidup.
  • Acara bermula seawal 1 petang dengan aktiviti santai sebelum konsert malam.
  • Tiket boleh dibeli menerusi Ticket2u.

Dianjurkan oleh Kembar Nusantara Sdn Bhd, dengan sokongan produksi Creative Page Sdn Bhd serta strategi dan pemasaran oleh Yumeca Sdn Bhd, Healing Nite 2026 dilihat sebagai pembuka tahun yang sarat makna dan simbolik.

Bagi Anuar Zain, konsert ini lebih daripada sekadar persembahan vokal dan ia adalah ruang untuk memulakan semula, melepaskan yang lama dan menyusun emosi baharu.

Anuar Zain

“Saya melihat ini sebagai reset emosi dan minda. Awal tahun adalah masa paling sesuai untuk kita lepaskan beban lama dan bina niat baharu. Muzik sendiri adalah terapi yang sangat kuat,” – Anuar Zain.

Jika Anuar hadir dengan kelembutan dan ketenangan, Ella pula membawa pendekatan berbeza melepaskan tekanan melalui tenaga dan ekspresi.

Ella

“Ramai simpan stress tanpa sedar. Jadi konsert seperti ini adalah tempat paling selamat untuk lepaskan semuanya. Kita mulakan tahun dengan energi baharu, buang yang negatif,” ujar Ratu Rock Negara itu.

Ella turut mengajak peminat hadir bukan sekadar menonton, tetapi merasai proses healing bersama barisan artis lain yang bakal berkongsi pentas.

Dayang Nurfaizah

Senada dengan itu, Dayang Nurfaizah melihat Healing Nite 2026 sebagai peluang untuk menikmati hiburan yang sihat, seimbang dan menyegarkan emosi.

“Mendengar muzik, menyanyi dan bergerak sebenarnya aktiviti yang baik untuk tubuh dan jiwa. Kalau nak hiburan yang lengkap dengan elemen terapi, ini tempatnya,” – Dayang Nurfaizah.

Seawal jam 1 petang, pengunjung sudah boleh menikmati Healing Tent di pintu masuk utama Stadium Merdeka sebuah ruang peralihan yang direka untuk memperlahankan langkah sebelum malam kemuncak bermula.

Ruang ini diperkaya dengan kolaborasi gaya hidup dan kulinari terpilih seperti LADO, Cartel Coffeeshop, Coffee Beans, Crackohut, Peti Dessert, Sugar & Fruits dan NachosLah, menjadikan pengalaman healing lebih menyeluruh daripada rasa, suasana hingga emosi.

Di dalam stadium pula, pengalaman diteruskan dengan kehadiran Coffee Cartel, Ahmad Fried Chicken serta Teratak Spa, yang melengkapkan perjalanan penonton sepanjang konsert berlangsung.

Secara keseluruhan, Healing Nite 2026 bukan sekadar acara muzik, ia adalah pengalaman gaya hidup menghubungkan bunyi, rasa dan ketenangan dalam satu malam yang intim dan bermakna.

Bagi mereka yang mencari ruang untuk bernafas semula dan memulakan tahun dengan jiwa yang lebih ringan, Healing Nite 2026 akan berlangsung pada 24 Januari 2026, bermula 8.45 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Tiket bagi pelbagai kategori kini boleh didapati menerusi Ticket2u.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

McDonald’s & Media Prima Lancar Siri TikTok ‘FYP Macam VIP’, Papar Realiti Generasi Z

Iskandar Ismail Angkat Trofi Juara, Pertarungan Sengit Finale GV12 Berakhir