Platform drama vertikal tempatan, Do Drama, mencuri perhatian peminat hiburan digital apabila meraikan pencapaian 50,000 pengikut di TikTok dengan penganjuran peraduan eksklusif yang menawarkan dua tiket VIP Konsert Legacy 30 Datuk Seri Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love bernilai keseluruhan RM2,700.

Sebagai sebahagian daripada kempen penghargaan kepada pengguna, Do Drama membuka peluang penyertaan kepada orang ramai melalui aplikasi mereka dengan mekanisme yang mudah dan mampu milik, selari dengan usaha platform itu untuk mendekati peminat hiburan generasi digital.
Peraduan ini berlangsung dari 15 hingga 31 Disember 2025, dan terbuka kepada semua pengguna yang memuat turun aplikasi Do Drama, mendaftar sebagai pengguna serta membuat top up serendah RM0.99 untuk melayakkan diri ke dalam cabutan bertuah.
Do Drama, platform drama pendek vertikal tempatan.
APA
Peraduan sempena 50,000 pengikut TikTok dengan hadiah tiket VIP konsert Siti Nurhaliza.
BILA
15 hingga 31 Disember 2025.
DI MANA
Melalui aplikasi Do Drama.
MENGAPA
Untuk menghargai sokongan pengguna dan menarik penonton baharu ke platform.
BAGAIMANA
Muat turun aplikasi, daftar pengguna dan top up serendah RM0.99 untuk cabutan bertuah.
Peluang Eksklusif Buat Peminat Tok Ti
Peraduan ini menawarkan pengalaman istimewa buat peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, apabila pemenang berpeluang menikmati konsert Legacy 30 dari tempat duduk VIP. Setiap transaksi top up yang dibuat akan meningkatkan peluang penyertaan, menjadikan kempen ini antara yang paling mudah diakses dalam kalangan peminat hiburan tempatan.
Maklumat lanjut dan terma penyertaan boleh didapati melalui platform rasmi Do Drama sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
Drama Vertikal Baharu Sarat Emosi
Seiring kempen peraduan ini, Do Drama turut mengumumkan pelancaran drama vertikal terbaharu berjudul ‘Nenekku Millionair’, sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan konflik kekeluargaan.

Drama ini mengisahkan Nenek Melur, lakonan Nazlinda Yusof, seorang warga emas yang sering dipandang rendah kerana latar belakang kehidupannya. Takdir menemukan beliau dengan Harith, lakonan Ziqri Mikhail, seorang bayi yang dibuang dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Nenek Melur.
Konflik, Air Mata & Plot Twist
Kehidupan mereka mula berubah apabila keluarga kandung Harith muncul semula, mencetuskan konflik emosi dan dilema yang menguji hubungan mereka sebagai sebuah keluarga. Setiap episod menjanjikan penceritaan pantas, penuh kejutan dan emosi, selari dengan format drama vertikal yang direka untuk tontonan mudah alih.




‘Nenekku Millionair’ boleh ditonton secara percuma di aplikasi Do Drama, sekali gus mengukuhkan posisi platform itu sebagai hab kandungan drama pendek tempatan yang dekat dengan emosi penonton.



GIPHY App Key not set. Please check settings