in

Nylea Ungguli Malam Finale, Sah Bergelar Dewi Remaja 2025

Nylea Juara Dewi Remaja 2025

KUALA LUMPUR, 28 November 2025 – Pencarian ikon remaja paling berprestij negara tiba ke kemuncaknya apabila Nylea diumumkan sebagai Dewi Remaja 2025, menewaskan lima finalis lain dalam saingan.

Kemenangan itu melayakkan Nylea atau nama sebenarnya Nylea binti Adzlan, penuntut Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia membawa pulang mahkota Dewi Remaja, selempang kejuaraan, trofi dan hadiah wang tunai RM15,000 sekali gus menandakan langkah baharu dalam perjalanan seninya.

Nylea Juara Dewi Remaja 2025.
Ringkasan Finale Dewi Remaja 2025
  • Nylea dinobatkan juara Dewi Remaja 2025.
  • Nelysa Kay naib juara; Dheper & Marisa melengkapkan Top 4.
  • Elisa Chew menang Anugerah Dewi Persahabatan.
  • Sharmaine diumumkan Dewi Favourite pilihan penonton.
  • Dewi Suhaila & Dewi Ariana tersingkir sebelum pusingan Q&A.
  • Finale berlangsung di MDMT Ballroom dengan sambutan ulang tahun ke-40.
  • Juri: Scha Alyahya, Kamal Adli & Nabila Huda.
  • Nylea menerima hadiah RM15,000, trofi, selempang & mahkota.

Finale Dewi Remaja 2025

Juara: Nylea – Mahkota, trofi, selempang & RM15,000

Naib Juara: Nelysa Kay – Trofi, selempang & RM10,000

Tempat Ketiga: Dheper – Trofi, selempang & RM5,000

Tempat Keempat: Marisa – Trofi, selempang & RM2,000

Anugerah Dewi Persahabatan: Elisa Chew

Dewi Favourite: Sharmaine

Dari kiri, Elisa Chew, Marisa, Nelysa Kay, Nylea, Dheper, Sharmaine.

Malam finale yang berlangsung di MDMT Ballroom, Datum Jelatek itu dipenuhi wajah-wajah besar dunia seni dan alumni Dewi Remaja sempena sambutan ulang tahun ke-40 jenama ikonik tersebut.

Nylea, yang konsisten sepanjang musim, menerima mahkotanya daripada Nurel Baharin, juara Dewi Remaja 2023, disaksikan ratusan tetamu dan penonton yang hadir menyaksikan detik bersejarah itu.

Nurel Baharin bersama alumni Dewi Remaja dan Hero Remaja.

“Ini bukan kemenangan saya seorang, tapi untuk semua orang yang percaya saya sejak hari pertama,” – Nylea Juara Dewi Remaja 2025.

Sebelum memasuki pusingan akhir Question & Answer, dua peserta iaitu Dewi Suhaila dan Dewi Ariana terpaksa akur apabila tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 4.

Sesi soal jawab menjadi pentas terakhir buat Nylea, Nelysa Kay, Dheper dan Marisa menampilkan kejelasan minda, kematangan dan nilai kepimpinan yang terus mengukuhkan reputasi Dewi Remaja sebagai platform pembangunan bakat muda.

Barisan TOP 4 Dewi Remaja 2025.

Panel juri malam itu diterajui tiga nama besar iaitu Scha Alyahya, Kamal Adli dan Nabila Huda.

Barisan juri hebat Dewi Remaja 2025.

Acara malam ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti serta legenda Dewi Remaja dan Hero Remaja yang pernah mewarnai industri, antaranya Aleeza Kassim, Kuza, Harris Annuar, Syatilla Melvin, Arena Wan, Pushpa Narayan, Myra Natasya, Kimberly Chuah, Evert Gomes, Thompson Goh dan ramai lagi.

Kehadiran mereka bukan sahaja menambah nostalgia, tetapi menjadi simbol kesinambungan legasi empat dekad pencarian ikon remaja Malaysia.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

8 Perkara Yang Buat 40 Sahaja Meletup: Dari Curang Sampai Lelaki Misteri

Que Haidar diserbu peminat

‘Jamilah’ Buat Que Haidar Diserbu Peminat Di Jakel Crazy Sale Terpaling Murah