in

Jojo Boost Blanco! Jualan Meletup 30%, 2 Juta Botol Terjual 2025

Majlis Makan Malam Tahunan Blanco Fragrance 2025.

KUALA LUMPUR – Tahun 2025 menjadi detik manis buat jenama minyak wangi tempatan, Blanco Fragrance apabila mereka mengumumkan rekod baharu 2 juta botol terjual hanya melalui platform TikTok Shop dan angka ini bukan sahaja melangkaui sasaran, malah mengukuhkan kedudukan Blanco sebagai antara pemain paling agresif dalam industri minyak wangi lokal.

Menurut pengasasnya, Mohd Ridhuan Said atau lebih dikenali sebagai Wan Said, pencapaian ini jauh mengatasi unjuran asal mereka.

Ringkasan Blanco Fragrance 2025
  • 2 juta botol terjual di TikTok tahun 2025.
  • Sasaran asal 1.5 juta, tetapi jualan melepasi jangkaan.
  • Jojo naikkan jualan sehingga 30%.
  • Koleksi Jojo hampir 100,000 botol.
  • Blanco lancar aplikasi e-dagang rasmi pertama.
  • 126,000 affiliate; 200 diraikan dalam majlis gala.
  • Dua kedai fizikal baharu akan dibuka tahun hadapan.
  • Jenama bermula dengan modal RM2,000 kini ada 130 bauan & kilang sendiri.

“Tahun lepas kami sasarkan 600 ribu, tapi jualan naik mendadak sehingga 1.3 juta. Untuk 2025, sasaran kami 1.5 juta botol tapi 2 juta yang terjual. Ini bukti kepercayaan pengguna terhadap kualiti Blanco,” – Mohd Ridhuan Said, Pengasas Blanco Fragrance.

Ucapan dari Mohd Ridhuan Said, Pengasas Blanco Fragrance.

Beliau turut menambah bahawa Blanco mengekalkan kedudukan sebagai jenama minyak wangi lokal paling laris di TikTok Shop dan Shopee untuk tahun kedua berturut-turut.

Salah satu pemangkin jualan terbesar tahun ini ialah pemilihan atlet Muay Thai sensasi, Johan Ghazali (Jojo) sebagai duta jenama.

Mohd Ridhuan Said bersama Johan Ghazali, duta jenama.

“Jojo membawa aura lain. Sejak pelantikannya, jualan meningkat lebih 30%. Koleksi eksklusif Jojo pula hampir mencecah 100,000 botol,” kata Wan Said yang tidak menolak kemungkinan untuk menyambung kontrak atlet itu.

Pada majlis yang sama, Blanco turut memperkenalkan aplikasi e-dagang rasmi pertama mereka.

Menurut Wan Said, langkah ini bukan hanya memudahkan pelanggan, tetapi juga strategi untuk mengurangkan kos

“Sebelum ini, pembelian hanya melalui TikTok, Shopee dan dua kedai fizikal kami di Batu Caves dan Pulau Pinang. Tetapi dengan aplikasi sendiri, kami dapat kurangkan caj platform luar yang meningkat 20–30%. Duit itu lebih baik kami salurkan balik kepada pelanggan dalam bentuk reward, diskaun, dan cabutan bertuah.” – Wan Said

Lebih 200 affiliate terbaik diraikan pada majlis makan malam itu, walaupun Blanco kini memiliki 126,000 ahli gabungan di seluruh negara.

Penerima anugerah Affiliate TOP 1.

Pada malam istimewa tersebut, 20 affiliate menerima penghargaan khas apabila berjaya merekodkan jualan tertinggi, dengan pemenang utama mencatat hampir RM2 juta jualan sepanjang tahun.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran duta Blanco, Johan Ghazali, serta Ella, legenda rock negara.

Mengulas perancangan masa hadapan, Wan Said berkata Blanco merancang untuk membuka dua lagi kedai fizikal masing-masing di pantai timur dan selatan tanah air.

“Walaupun online kuat, masih ramai pelanggan yang mahu datang sendiri untuk cuba bauan. Kedai Batu Caves kami pun sering dikunjungi pelanggan luar negara seperti Belanda, Timur Tengah, Indonesia dan Brunei,”- Wan Said .

Beliau turut mendedahkan bahawa Blanco sedang dalam proses memilih duta baharu untuk tahun hadapan.

Ditubuhkan pada 2017, Blanco bermula dengan modal RM2,000 dan hanya mengambil pesanan berdasarkan permintaan.

Namun, selepas sambutan luar biasa pada 2021, jenama ini mula aktif menjual secara dalam talian.

Kini Blanco memiliki, lebih 130 bauan, termasuk ciptaan sendiri bahan-bahan premium dari Switzerland, Itali & Perancis, kilang pemprosesan sendiri di Batu Caves dan mempunyai lebih 80 pekerja tetap serta dijual dengan harga mampu milik serendah RM35 untuk 35ml

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Animasi Malaysia Bertaraf Dunia? A Mighty Adventure Hampir Siap dan Menuju Pawagam Global!

Coco Cado bersama Khai Bahar

Khai Bahar Kini Duta Rasmi Coco Cado, Produk Baharu Sedia Curi Hati