in

Minggu Kedua Penuh Drama! Iskandar Ismail ‘Naik Takhta’ di GV12, Elaine Kang Terselamat

Iskandar Ismail GV12
Iskandar Ismail dan Elaine Kang

SHAH ALAM, 10 November 2025 – Malam minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) benar-benar hangat dengan kejutan apabila Iskandar Ismail dari Singapura berjaya meraih kedudukan pertama keseluruhan melalui persembahan mantap lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’.

Persembahan bertenaga dan kawalan vokal luar biasa menjadikan Iskandar pilihan juri, sekaligus menonjolkan kekuatan peserta luar negara dalam pentas GV12 tahun ini.

Iskandar Ismail berjaya mendapat tempat pertama pada minggu kedua ini.
Ringkasan Gegar Vaganza 12 – Minggu Kedua
1. Iskandar Ismail juara minggu kedua dengan lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’.
2. Nubhan konsisten di tempat kedua; Mendua di tempat ketiga dengan persembahan harmoni.
3. Tiga peserta terbawah: Shy8, Mel Sakura & Dato’ Elaine Kang.
4. Tiada penyingkiran diumumkan minggu ini; semua 13 peserta mara ke minggu ketiga.
5. GV12 menampilkan 13 peserta dari Malaysia, Indonesia & Singapura.
6. Juri tetap: Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang & Datuk Syafinaz Selamat.
7. Hos: Nabil Ahmad & Sherry Alhadad.
8. Siaran langsung: Setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Sementara itu, Nubhan terus mengekalkan prestasi konsisten apabila sekali lagi berada di tempat kedua menerusi lagu ‘Dambaan Pilu’, diikuti kumpulan Mendua yang menawan hati penonton dengan persembahan harmoni lagu ‘My Heart’.

Nubhan dengan lagu Dambaan Pilu berada di kedudukan kedua untuk minggu ini.

Namun, tiga peserta berada di zon bahaya minggu ini iaitu Shy8, Mel Sakura dan Dato’ Elaine Kang tetapi nasib menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran diumumkan dan kesemua 13 peserta berjaya mara ke minggu ketiga.

Mel Sakura antara peserta yang berada di kedudukan terendah pada minggu ini.

Bertemakan “Sama Sama Naik”, berikut senarai penuh kedudukan minggu kedua GV12:

1. Iskandar Ismail – 71.50 &
2. Nubhan – 67.75%
3. Mendua – 67.50%
4. Shae – 65.25%
5. Freshies – 65.00%
6. Mark Adam – 63.25%
7. Krisya – 63.75%
8. Rahmat Ekamatra – 62.75%
9. Ruri Repvblik – 62.75%
10. Korie – 59.50%
11. Shy8 – 59.50%
12. Mel Sakura – 56.00%
13. Dato’ Elaine Kang – 52.00%

Musim kali ini cukup istimewa dengan penyertaan 13 bintang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Antara nama besar yang bertanding ialah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Tiada penyingkiran untuk minggu ini walaupun Elaine Kang berada di kedudukan paling rendah.

Dari Indonesia pula, pentas GV12 dimeriahkan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna tersendiri manakala dari Singapura, mempertaruhkan Iskandar Ismail yang merupakan nama besar dalam dunia vokal dan kini mencetus fenomena baharu.

Juri tetap musim ini masih mengekalkan barisan profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, manakala pentas dikendalikan oleh duo pengacara popular, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), dengan 12 minggu persembahan yang menjanjikan kejutan, emosi dan persaingan vokal paling sengit tahun ini.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nad Zainal

Nad Zainal Comeback! Bahagia Yang Tertangguh Jadi Slot Baharu Megadrama

Resorts World Genting

Resorts World Genting Raih Malaysia’s Leading Resort 2025, Kejayaan Keenam & Berturut-Turut!