KUALA LUMPUR – Pelakon berbakat besar, Nad Zainal, kembali mencuri tumpuan selepas beberapa bulan berehat apabila beliau disahkan bakal muncul dalam drama terbaharu Bahagia Yang Tertangguh, terbitan Astro, yang akan mula bersiaran menerusi slot Megadrama di Astro Ria bermula 17 November ini.
Sejak September lalu, Nad dilihat semakin aktif berkongsi momen di lokasi penggambaran menerusi media sosialnya dan perkongsian itu pantas mengundang keterujaan peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya di kaca TV.
Peminat yang rindukan lakonan hebat Nad Zainal
Ringkasan Pendek Bahagia Yang Tertangguh
1. Pelakon Utama: Nad Zainal sebagai Nurin Hana.
2. Tarikh Tayangan: 17 November 2025.
3. Slot: Megadrama @ Astro Ria.
4. Tema: Ibu tunggal, trauma & konflik keluarga (“ipar toksik”).
5. Pelakon Pembantu: Kamal Adli, Izzue Islam, Rozita Che Wan & Norreen Iman.
6. Kajian watak: Nad dalami isu anxiety & serangan panik.
7. Hubungan ibu-anak: Nad bina keserasian dengan pelakon cilik Mateen.
8. Produksi: Drama penuh emosi arahan Astro Originals.
Ketika ditemui, Nad mengakui bahawa drama ini amat dekat di hatinya.
“Saya rindu untuk kembali berlakon dalam drama bersiri. Bila dapat tawaran ni, saya baca novelnya dan terus tertarik dengan jalan cerita isu ipar toksik yang jarang kita tengok dalam drama tempatan,” ujar Nad Zainal yang tampil segar dan bertenaga selepas berehat panjang.
Bagi Nad, watak Nurin Hana yang dibawanya bukan sekadar satu peranan, tetapi satu panggilan jiwa.
“Saya mahu wanita, terutama ibu tunggal, dapat merasai perjuangan Nurin Hana. Semoga mereka terus kuat walaupun dipandang serong oleh masyarakat,” tambah Nad dengan nada sebak.
Izzue Islam, Nad Zainal dan Adrean Mateen
Dalam drama ini, Nad memegang watak seorang wanita yang berdepan dengan gangguan anxiety akibat tekanan hidup dan kisah silam yang menghantuinya.
Untuk memastikan lakonannya benar-benar realistik, Nad melakukan pelbagai persediaan termasuk menonton video serangan panik sebenar, membaca artikel psikologi, dan melatih ekspresi tubuh agar selaras dalam setiap babak berat.
Babak nangis Nad Zainal
“Saya banyak belajar kawal pernafasan dan bahasa tubuh sebab babak melibatkan panic attack sangat mencabar,” jelas Nad lagi.
Watak Nurin Hana turut digambarkan sebagai ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun bernama Raiqal, lakonan pelakon cilik berbakat Mateen.
Menurut Nad, membina keserasian antara mereka sejak awal penggambaran sangat membantu menjayakan emosi ibu dan anak di layar.
“Alhamdulillah, Mateen sangat bijak dan profesional walaupun muda. Banyak bantu saya ‘masuk mood’ dalam babak-babak penting,” tambah Nad lagi sambil tersenyum.
Selain Nad, drama Bahagia Yang Tertangguh turut dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Izzue Islam, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Rosnah Johari, Riz Amin, Norreen Iman, Mimi Ernida, dan Adrean Mateen.
Nad Zainal dan Rozita Che wan
Diarahkan dengan sentuhan emosi dan visual sinematik, drama ini menjanjikan gabungan kisah kekeluargaan, cinta dan konflik jiwa yang bakal membuat penonton melekat setiap malam di Astro Ria.
GIPHY App Key not set. Please check settings