KUALA LUMPUR – Peminat burger, bersiap sedia! Dari 7 hingga 9 November 2025, The Curve, Mutiara Damansara akan ‘berpesta burger’ dengan penganjuran Burger Festival 2025, menampilkan deretan burger lejen, muzik live dan aktiviti untuk seisi keluarga.
Festival anjuran The Curve ini menampilkan jenama popular seperti Richeese Factory, JnC Burger, Double Cheese Please dan Ten KL serta kolaborasi bersama ieatBurgers by FriedChillies yang membawa nama-nama besar dunia burger tempatan seperti Pitboy BBQ, Pak Nik Burger, Mean Mince, Bones Burger, Kaw Kaw Burger, Burger Bakar Besar dan Burn Bite’s.

1. Lokasi: The Street, The Curve, Mutiara Damansara.
2. Tarikh: 7–9 November 2025 (Jumaat–Ahad).
3. Masa: 10 pagi – 10 malam.
4. Anjuran: The Curve dengan kerjasama AK Events.
5. Tarikan: Lebih 8 jenama burger popular & muzik live sepanjang hari.
6. Cabaran: Eat Like A King, Giant Burger Battle & Burner Challenge.
7. Aktiviti: Bengkel seni kanak-kanak & pertandingan mewarna Colour My Burger.
8. Promosi: Diskaun hingga 30% & hadiah baucar burger menarik!

Dari burger bakar arang klasik hingga pastrami dan brisket ala Texas, pelbagai pilihan menanti dengan harga antara RM10 hingga RM40, serta promosi diskaun sehingga 30% di beberapa gerai terpilih sepanjang festival.
Antara cabaran menarik termasuk “Eat Like A King” oleh Richeese Factory, “The Great Burger Battle” oleh Burger Bakar Besar dan “Burner Burger Challenge” oleh Pak Nik Burger di mana peserta boleh menang baucar burger jika berjaya menewaskan cabaran tersebut.

Selain burger, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti keluarga seperti bengkel seni tanah liat Little Chef, pertandingan mewarna Colour My Burger dan pelbagai permainan pentas santai untuk kanak-kanak.
Acara ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam di The Street, The Curve, Mutiara Damansara dan dijangka akan menarik ramai pengunjung sepanjang hujung minggu ini.



GIPHY App Key not set. Please check settings