in ,

Beli Jaket Warna Pink, Leona Kecewa Baju Disamakan Dengan Rider Makanan – “Sampai Hati Korang…”

Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menzahirkan rasa kecewa selepas jaket yang dibelinya disamakan dengan baju syarikat servis penghantaran makanan.

Menerusi hantaran di TikTok, anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman itu bagaimanapun tidak melatah namun bersetuju bahawa baju tersebut mempunyai persamaan dengan uniform syarikat p-hailing berkenaan.

“Korang, saya beli jaket ni mahal-mahal tapi sampai hati korang cakap ‘tak tahu pula Leona buat FoodPanda’.

“Nak marah pun macam, nampaklah ada persamaan tu. Sejujurnya, kalaulah saya pandai bawa motor, saya akan cuba pekerjaan tu. Tapi basikal pun Leona tak reti bawa,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Leona selain ada segelintir yang memuji sikap ‘infleuncer’ itu sebagai tidak panas baran.

“Okaylah comel je, ada Foodpanda yang jalan kaki tu Leona,”

“Dia ni tak pandai marah, Bahasa Melayu dia pun semakin baik,”

“Comel je Leona ni kalau bercakap,”

“Leona memang tak pandai marah, comel!”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis hantaran itu meraih lebih 200,000 tontonan dan hampir tiga juta tontonan di TikTok.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kongsi Video Cover Lagu Bukan Lagi Kita, Hisyam Hamid Jadi Bahan Lawak Netizen – “Tak Tergamak Saya Dengar”

Pelakon Anak Kunti, Nita Gunawan Seorang Indigo, Tak Gentar Jadi Kuntilanak, Biasa Lihat Genderuwo & Mahluk Halus