in ,

Kongsi Video OOTD, Netizen Pelik Isteri Andika Putera Gigih Sorok Muka – “Semua Dah Kenal Awak”

Nama personaliti media sosial sensasi, Andika Putera bukanlah sesuatu yang asing lagi di media sosial kerana tindak-tanduknya sering menjadi bualan netizen.

Terbaharu, Andika memuat naik video ‘outfit of the day’ (OOTD) bertemakan pasangan bersama isteri baharunya di TikTok.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah apabila wajah isteri Andika tidak didedahkan dalam video singkat tersebut.

@andikaputeraa

Couple Outfit Idea 👫🏻 Before ni banyak share outfit idea untuk lelaki je kan. Kalini idea outift couple pula yang korang boleh try 😉 Komen ❤️ kalau suka couple outfit ni #coupleoutfit #style #linen #fyp #viral #ootd #grwm #tiktok #asmr

♬ original sound – Andika Putera – Andika Putera

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengapa isteri kepada ‘influencer’ berkenaan sentiasa memalingkan wajahnya dari kamera.

“Dah kenapa peluk-peluk alih belakang muka?”

“Isteri takut kena penyakit ain ke?”

“Awak pandang sini, semua dah kenal awak.”

Sekadar info, Andika baru-baru ini menamatkan zaman duda selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya.

Terdahulu, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Netizen Suka Tengok Hubungan Bella Astillah & Syed Saddiq, Doa Cepat Kahwin – “Semoga Berumah Tangga”

Beri Hadiah Birthday, Netizen Gembira Ajak & Shahrol Shiro Kembali Akrab – “Gaduh Lama-Lama Pun Tak Guna”