in ,

Fattah Amin Cadang FINAS Ambil Berat Tentang Pemain Industri, Mahu Karya Tanah Air Sampai Peringkat OSCAR

Pelakon Fattah Amin memberi pandangan berkaitan perkembangan industri filem tanah air.

Menerusi podcast Kopi dan Muvi, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mengakui terdapat kemajuan dalam industri perfileman Malaysia.

Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Raja itu tidak menafikan  masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik.

“Latar belakang saya belajar fasal pengurusan filem dan produksi, memang belajar berkaitan industri kreatif.

“Saya minat dengan perkembangan dan evolusi dunia industri filem. Saya melihat dari sudut karya, filem di negara kita semakin hari ada penambahbaikan.

“Mengikut perkembangan industri filem secara global, nak atau tidak memang perlu terima perkembangan itu. Kalau tertinggal, orang akan cakap industri filem kita jatuh.

“Tak perlu tengok jauh, lihat sahaja di negara jiran (Indonesia). Tidak semua sudut tapi ada beberapa jika nak dibandingkan dengan industri filem kita. Kita ada juga kelebihan kita,” katanya. 

Fattah turut mencadangkan agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turun ke set penggambaran bagi meneliti permasalahan yang berlaku.

“Secara keseluruhan, nampak industri kita ada perkembangan. Tetapi secara jujur, kalau pihak FINAS boleh turun padang dan ambil berat tentang pemain industri, akan dapat lihat wujud permasalahan di akar umbi.”

Fattah Amin

“Mungkin dengan itu, dapat kesan beberapa perkara yang boleh ditambahbaik lebih lagi. Sudah pasti kita mahu hasilkan filem yang boleh mewakili ke OSCAR,” ujarnya.

Sumber: YouTube

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dituduh Yakin Pakai Jubah Mandi Saiz XXS, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen – “Potongan Bath Robe Memang Besar”

Aliff Aziz Ajak Pengikut Amalkan Selawat – “Jangan Rasa Perlu Jadi Orang Baik Untuk Sebarkan Kebaikan”