Pelakon Intan Najuwa berang selepas seorang individu bertindak menyindir berkaitan saiz pakaiannya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi antara barangan yang akan dibawa ke hospital semasa proses kelahiran cahaya mata sulungnya nanti.
Akan tetapi, posting tersebut mendapat reaksi daripada seorang warganet yang mempersoalkan saiz jubah mandi milik aktres berkenaan.
Enggan berdiam diri, pelakon berusia 27 tahun itu membidas kenyataan individu tersebut dengan menjelaskan bahawa ‘bathrobe’ mempunyai potongan yang besar.
“Amboi mulut kau. Tak payah yakin pun, itu nama dia ‘robe’, jadi memang saiz ‘robe’ saya masa tengah mengandung ni pun pakai XS atau S.”
Intan Najuwa
“Potongan ‘bath robe’ memang besar sebab saya tak adalah gabak mana pun. Kalau ambil M atau L jadi jubah bukan ‘robe’. Sekian terima kasih,” ujarnya.
Terdahulu, Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuanselepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings