in ,

Netizen Sebak Lihat Anak Sulung Ina Naim Menitis Air Mata Selepas Ibu Diijabkabul – “Aku Pun Nangis Tengok…”

Satu entri tular di sosial media memperlihatkan anak sulung kepada penyanyi, Ina Naim menangis teresak selepas ibunya selamat diijabkabulkan.

Menerusi posting yang dimuat naik di platform TikTok itu, anak Ina dilihat berulang kali mengesat air matanya membuat netizen berasa sebak.

Tangisannya turut diiringi air mata Ina yang sama-sama menangis ketika dia sedang duduk di atas pelamin sewaktu juru nikah membacakan doa.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memahami perasaan dan reaksi yang ditunjukkan oleh anak sulung Ina.

“Bohonglah kalau anak tak ingat pada arwah ayahnya ketika akad ini, sebab pernah lalui,” tulis seorang netizen.

“Aku pun nangis tengok anak lelaki arwah Suhaimi nangis,” komen seorang lagi netizen.

Sekadar info, Ina mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan bernama Mohd Khairul Rizal Shukor, 41 setelah hampir setahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suami, Allahyarham Suhaimi Saad,

Ina bergelar ibu tunggal selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Pada masa sama, Mohd Khairul Rizal yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dan juga duda, mempunyai dua anak masing-masing perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 10 tahun.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ibu Aliff Aziz Jawab Dakwaan Anak Berbaik Dengan Bekas Isteri – “Terima Kasih…”

Sambut Birthday Ke-28, Isteri Hadiahkan MK K-Clique Motosikal Idaman – “Dia Kata Nak Sangat”