in ,

Atikah Suhaime Kongsi Kisah Nasi Goreng Resipi Ibu, Kini Menjadi Kegemaran Keluarga Mentua

Pelakon Datin Atikah Suhaime mendedahkan bahawa nasi goreng resipi ibunya, yang pernah menjadi makanan harian ketika mereka hidup susah, kini menjadi kegemaran keluarga mentuanya.

Menurut Atikah, menu nasi goreng berlaukkan ikan bilis tanpa daging itu mengingatkannya agar tidak lupa asal-usul.

“Dulu keluarga saya masa susah hari-hari mama Tika buat nasi goreng tapi tak pakai daging, setakat ikan bilis sahaja,” ujarnya.

Kini, nasi goreng tersebut menjadi hidangan popular di rumah mentuanya apabila suaminya, Datuk Lokman Teh, mengidam masakan itu.

“Papa mentua Tika terbau nasi goreng itu, dia akan minta,” katanya dalam perkongsian di TikTok.

Atikah turut berkongsi bahawa keluarganya di Singapura enggan makan nasi goreng itu kerana trauma dengan kisah kesusahan mereka dahulu.

“Ironinya keluarga saya di Singapura tak boleh telan langsung nasi goreng ini sebab trauma waktu susah dulu.”

Datin Atikah Suhaime

Pada masa yang sama, Atikah menitipkan nasihat agar tidak berkira dengan ibu bapa dan sentiasa bersedekah walaupun sedikit.

“Untuk pastikan rezeki tak putus, jangan lupa sedekah walaupun RM2 sekali pun,” katanya.

Atikah berkahwin dengan Datuk Lokman Teh pada Januari lalu dan baru sahaja mengumumkan kehamilan anak pertama mereka.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Muaz Zabir Tolak Dakwaan Menumpang Populariti Bella Astillah

Status Perkahwinan Fazura dan Fattah Amin Ditentukan Esok