I Eat Nasi Lemak akan kembali bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan Negara pada 5 hingga 6 Oktober 2024 di Subang PARC.
Acara ini merupakan anjuran FriedChillies untuk meraikan budaya sarapan pagi Malaysia, bersempena ROAD TO UNESCO – MERAIKAN WARISAN KITA.
“FriedChillies selalu mengumpul hero-hero makanan di bawah satu bumbung supaya segala rakyat jelata boleh makan beramai-ramai.”
CEO FriedChillies, Mohd Adly Rizal.
Acara ini akan menampilkan pelbagai jenis nasi lemak dan lauk-pauk seperti sambal kerang dan ayam goreng berhantu.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti dan persembahan yang disediakan untuk semua. Dr. Eyo Leng Yan dari Jabatan Warisan Negara menjelaskan, “Program ini merupakan inisiatif JWN untuk mempromosikan dan menggalakkan sebarang aktiviti berkaitan Budaya Sarapan di Malaysia.”
I Eat Nasi Lemak akan dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam dan termasuk acara seperti ceramah dan demonstrasi makanan.
Pada hari kedua, akan diadakan Jom! Sarapan Kebaya yang menggalakkan pengunjung berpakaian kebaya. “Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pemeliharaan warisan kebudayaan negara kita,” kata Nik Faiz Nik Amin, Presiden Pengasas Malaysian Craft Council.
Acara ini turut menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan seperti Wayang Kulit dan Mak Yong, menjadikannya pesta komuniti yang meriah.
Hero-hero nasi lemak yang terlibat termasuk Nasi Lemak Tanglin, Nasi Lemak Ujang Corner, dan Nasi Lemak Angah.
Untuk maklumat lanjut, sila ke www.friedchillies.com atau IG @friedchillies.
GIPHY App Key not set. Please check settings