in ,

Hidung ‘Tak Serasi’, Zarina Anjoulie Rancang Buang Implan Hujung Tahun Ini

Selebriti sensasi, Zarina Anjoulie, 37, merancang untuk membuang implan hidungnya pada hujung tahun ini, walaupun baru sahaja menjalani pembedahan hidung.

Menurut Zarina, hidung baharu itu tidak serasi dengan dirinya.

“Sebenarnya saya rasa rupa yang baru ini bukanlah diri saya yang sebenarnya. Nanti dalam hujung tahun kalau sudah bosan saya buka implan pada hidung ini dan kembali ke bentuk asal,” katanya.

Zarina menjelaskan bahawa pembedahan itu bukan kerana dia tidak gembira dengan bentuk asal hidungnya, tetapi kerana dibayar untuk melakukan reviu.

Pelakon ini juga tidak bersembunyi dan mengakui secara terbuka bahawa dia menjalani pembedahan hidung, meskipun menerima kecaman daripada orang ramai.

“Ya, saya baru buat hidung tidak ada apa yang hendak disorokkan. Orang kata saya buat terang-terang dan ajak orang buat dosa. Saya minta maaf pada mereka yang tidak suka.”

Zarina Anjoulie

Zarina turut menasihati wanita untuk mendapatkan pembedahan kecantikan hanya daripada doktor bertauliah dan mengelakkan daripada menjadi mangsa scammer.

“Saya mahu gunakan platform saya untuk berkongsi pengalaman dan membantu orang ramai,” tambahnya lagi.

Zarina juga berkongsi bahawa prosedur pembedahan dilakukan di sebuah klinik estetik di Vietnam secara percuma, hasil kerjasama selepas pihak klinik mengetahui statusnya sebagai selebriti.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Lana Nodin Bahagia, Suami Semakin Mendalami Islam

Zarina Anjoulie Bosan Dengan Hidung Baru, Hujung Tahun Mungkin Ubah Lagi?