in ,

Konsert “COKELAT KEMBALI” di Zepp Kuala Lumpur Dibatalkan

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, penganjur konsert, Tanjak Global Services, menjelaskan bahawa pembatalan konsert tersebut terpaksa dilakukan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Dengan rasa amat kesal, kami terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan Konsert Cokelat Kembali,” ujar pihak penganjur.

“Keputusan ini diambil kerana faktor yang tidak dapat dielakkan dan berada di luar kawalan kami. Ini merupakan keputusan bersama dengan kumpulan Cokelat, dan mereka telah pun dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini.

“Kami amat memahami kekecewaan para peminat Cokelat, dan dengan setulus hati, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat keputusan ini,” tambah penganjur.

Sebagai tindakan susulan, pemegang tiket boleh mendapatkan pemulangan wang sepenuhnya.

“Semua pemegang tiket akan menerima bayaran balik penuh melalui Ubertickets, menggunakan kaedah pembayaran yang asal,” jelas mereka lagi.

Pada Jun lalu, kumpulan Cokelat yang dianggotai oleh Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass), dan Ervin (dram) mengumumkan bahawa mereka akan kembali beraksi di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert setelah 14 tahun tidak membuat persembahan di sini.

Terdahulu, kumpulan Cokelat pernah berpisah selama 12 tahun sebelum bersatu kembali dalam sebuah persembahan pada Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dilema Memilih Kesetiaan Atau Masa Depan Antara Dua Surga Dalam Cintaku

Nabila Razali Kongsi Keterujaan Sebagai Duta Salam Taiwan 2024