in ,

Semarakkan Semangat Sukan dengan Piza Large RM1 dari Domino’s

Dalam usaha menyemarakkan semangat sukan antarabangsa, Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) memperkenalkan promosi hebat yang pasti akan menggembirakan rakyat Malaysia! Dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024, peminat piza boleh menikmati tawaran istimewa: Dapatkan piza Large dengan harga RM1 dengan pembelian piza Regular! Ya, hanya dengan RM1, pelanggan boleh menikmati piza Large dan jimat sehingga RM46.90 dengan pembelian piza Regular!

Untuk tempoh terhad ini, promosi menarik ini adalah cara Domino’s untuk menambah kemeriahan serta menunjukkan sokongan kepada pasukan kegemaran kita. Dalam semangat para atlet kebangsaan yang berusaha meraih pingat emas, Domino’s mengajak rakyat Malaysia untuk menyokong atlet-atlet negara sambil menikmati piza yang lazat!

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana cawangan Domino’s Pizza, pesan piza Regular dan dapatkan piza Large dengan hanya RM1. Promosi ini sah untuk pembelian di kaunter atau pesanan Pandu Ambil secara atas talian melalui laman web Domino’s Pizza dan aplikasi pesanan Domino’s sahaja.

Selaras dengan janji Domino’s Pizza, “It’s All About Giving You More”, Domino’s menawarkan tawaran nilai hebat ini untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Jadikan momen ini tidak terlupakan dengan menyokong atlet Malaysia sambil menikmati piza yang lazat dari Domino’s. Kunjungi cawangan Domino’s Pizza terdekat atau pesan melalui Pandu Ambil secara atas talian di https://www.dominos.com.my/ atau aplikasi Domino’s. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu terkini dari Domino’s Malaysia dan promosi-promosi lain, layari laman web rasmi Domino’s Pizza.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Saya Sihat” – Nonny Muncul Buat Kali Pertama Di Khalayak Ramai, Mahu Kembali Aktif

Nonny Ganti Fathia? Kawan Baik Jadi Musuh? Sihat Fizikal & Mental, Tak Akan Ubah Perangai!