in ,

Red Box Plus Dibuka Di The Exchange TRX, Nikmati Karaoke Bertaraf Antarabangsa

Red Box Karaoke, sebuah jenama karaoke terkenal di Malaysia, telah membuka cawangan terbarunya di pusat beli-belah The Exchange TRX, bertujuan untuk memperkayakan industri pelancongan dan hiburan di Kuala Lumpur. Red Box Plus The Exchange TRX menawarkan pengalaman karaoke yang unik dan menyeronokkan, menarik minat pelancong yang melawat Kuala Lumpur.

Majlis pembukaan cawangan Red Box Plus tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha Red Box untuk terus menjadi jenama hiburan terkemuka di Malaysia. Ini juga merupakan sebahagian daripada strategi utama mereka untuk memperluaskan jenama mereka.

Khairul Firdaus berkata, “Saya yakin Red Box Plus di The Exchange TRX akan menyumbang kepada perkembangan dan kepelbagaian sektor pelancongan Malaysia serta menetapkan standard baru dalam hiburan. Tahun ini, kita telah mencatat peningkatan kedatangan pelancong, dengan 9.48 juta pelancong pada bulan Mei berbanding 7.48 juta tahun lalu. Kementerian mensasarkan 27.3 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan RM102.7 bilion dalam perbelanjaan pelancongan tahun ini. Pembukaan Red Box Plus di The Exchange TRX dijangka memberi impak besar ke arah mencapai sasaran tersebut.”

Cawangan terbaru Red Box Plus menawarkan pelbagai pilihan lagu daripada pelbagai genre dan bahasa, sesuai untuk semua lapisan masyarakat, termasuk penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa. Kepelbagaian ini memberikan pengalaman yang merentasi sempadan kaum, bahasa dan budaya.

Pembukaan cawangan baru ini menunjukkan komitmen proaktif Red Box dalam membantu merangsang sektor pelancongan Malaysia. Dengan memperkenalkan teknologi karaoke terkini dan pilihan lagu interaktif, Red Box memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan memenuhi citarasa pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Red Box, Karl Khoo, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan Red Box Plus di The Exchange TRX. Sejajar dengan visi kami untuk memperkasa industri pelancongan di ibu kota kita, kami menjanjikan pengalaman karaoke bertaraf antarabangsa dengan dedikasi terhadap kepuasan pelanggan. Red Box akan mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama bagi penggemar hiburan.”

Khoo mengalu-alukan semua orang, termasuk pelancong antarabangsa, untuk datang ke cawangan terbaru Red Box Plus di The Exchange TRX dan menikmati pengalaman muzik yang memukau serta mencipta kenangan yang tak akan dilupakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redbox.com.my/.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nonny Ganti Fathia? Kawan Baik Jadi Musuh? Sihat Fizikal & Mental, Tak Akan Ubah Perangai!

KONSERT FEBY PUTRI VOL 2 ‘Detik.Menit.Jam’ Sold Out di Kuala Lumpur