Penyanyi, pencipta lagu dan aktivis Malaysia, faizal tahir bakal menganjurkan acara amal Faith4Palestine sebagai inisiatif menzahirkan solidariti dan mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin.
Faith4Palestine anjuran iamFaithmen dan Faithful Music bakal berlangsung pada 12 November 2023 jam 2 petang hingga 4 petang bertempat di Royale Chulan Damansara.
Acara amal yang akan diadakan adalah persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi beliau.
Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus
kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan – Cinta Gaza
Malaysia.
Menurut penyanyi lagu Sejati itu, acara ini bukan sekadar hiburan namun ia juga merupakan satu majlis sidang ilmu.
“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan juga bidaan barangan peribadi saya.
“Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah.
“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita meyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” kata Faizal.
Layari laman web www.ticket2u.com.my atau terus ke http://t2u.asia/e/33456 untuk mendapatkan tiket dari RM99 hingga RM999.
GIPHY App Key not set. Please check settings