Nampaknya usaha pendakwah pendakwah bebas untuk menghalang rakyat Malaysia daripada menonton konsert Coldplay seakan tidak berjaya.
Ini kerana laman web yang menjual tiket konsert itu sesak dengan pengunjung yang mahu mendapatkan tiket.
Ramai netizen dilihat mengemaskini status terkini mereka yang sedang menunggu barisan untuk mendapatkan tiket secara dalam talian.
Ada yang terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan tiket. Dan ada yang masih menunggu sehingga sekarang.
Sebelum ini, beberapa pendakwah bebas dilihat cuba melarang rakyat Malaysia daripada menonton konsert Coldplay kerana mendakwa kumpulan yang berasal dari London ini menyokong LGBT. Mereka juga membantah penganjuran konsert ini diadakan di Malaysia.
Kedatangan Coldplay sempena konsert jelajah dunia mereka ke Malaysia yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumput pada 22 November ini mendapat publisiti meluas kerana ini adalah kali pertama kumpulan ini akan datang membuat persembahan di negara kita.
Kedatangan Coldplay ke Malaysia turut disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalu-alukan kedatangan mereka dan mengucapkan selamat datang menerusi hantaran di akaun media sosial rasmi beliau.
Kepada yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tiket, semoga berjaya!
GIPHY App Key not set. Please check settings