in ,

‘Saya Masih Islam, Masih Solat Lima Waktu’ – Naufal Azrin Ulas Dakwaan Lupa Diri

Penampilan penyanyi baru yang juga peserta Big Stage 2023 iaitu Naufal Azrin sewaktu membuat persembahan di konsert minggu yang pertama telah mendapat perhatian ramai.

Naufal telah memakai baju berwarna merah dan menampakkan bahagian dadanya. Dia turut memakai rantai sebagai aksesori untuk melengkapkan gayanya.

Namun penampilan Naufal itu tidak disenangi segelintir pihak sehingga mendapat teguran secara terbuka oleh PU Syed menerusi hantaran di media sosialnya.

“Ingatan bersama buat adik Naufal Azrin penyanyi Casablanca yang kini menjadi peserta Big Stage 5. Tidak perlu menjadi orang lain untuk dilihat cemerlang dalam bidang nyanyian. Halal dan haram jangan dicampur yang akhirnya menyebabkan kita dipandang serong oleh masyarakat,” tulis PU Syed dalam hantatan itu.

Naufal sewaktu ditemui oleh pihak media sejurus tamat konsert minggu kedua berkata, dia masih sedar diri dan bukan seperti apa yang didakwa oleh pendakwah bebas berkenaan.

“Saya masih lagi orang Islam. Masih lagi solat lima waktu. Itu sahaja. Baju yang saya pakai itu hanyalah untuk pertandingan dan kreativiti. Juri juga beri markah dari segi penampilan dan konsep. Saya cuba memenuhi apa yang mereka mahu,” katanya.

Ditanya tentang dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Naufal sudah mula lupa diri dan berubah daripada imej sebagai penyanyi nasyid kepada penyanyi pop, kata Naufal dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Saya adalah seorang penyanyi dan gemar untuk mencuba pelbagai genre muzik. Sebenarnya nasyid adalah genre, bukannya agama. Saya tidak terikat dengan satu genre sahaja

“Saya mohon maaf kepada sesiapa di luar sana yang mungkin tidak suka dengan penampilan saya. Saya tak boleh jadi seperti apa yang anda mahukan. Saya cuba yang terbaik dalam hidup saya. Tolong doakan saya,” ujarnya.

Katanya lagi, imej-imej ganggi yang dipertontonkan di pentas Big Stage hanyalah untuk pertandingan itu sahaja, jika di luar dia masih Naufal yang sama.

Terselamat daripada penyingkiran selepas diberikan Imuniti X daripada juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul, Naufal berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik untuk minggu ketiga dan tidak akan memakai pakaian yang seksi lagi.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tercalon Dalam ABPBH35, Sophia Albarakbah Yakin Peminat Pilih Sebab Bakat Bukan Kontroversi

Usaha Pendakwah Bebas Untuk Halang Rakyat Malaysia Tonton Konsert Coldplay Tidak Berjaya, Laman Web Tiket Sesak