Pelakon Siti Saleha, 32 menarik perhatian rakan-rakan selebriti serta para pengikutnya apabila beberapa keping foto dia bersama seorang jejaka tinggi lampai dikongsikan di Instagram baru-baru ini.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum pernah mengakui yang dia sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berdarah kacukan sama seperti dirinya.
Jejaka tampan bernama Joshua Fitton itu dikatakan merupakan seorang pereka fesyen dan memiliki label pakaian jenama sendiri iaitu Atelier Fitton.
Walaupun tiada maklumat terperinci dikongsikan di ruangan kapsyen, namun kemungkinan individu tersebut merupakan jejaka yang dimaksudkan oleh aktres itu sebelum ini adalah sangat tinggi.
Ruangan komen dibanjiri dengan emoji berbentuk hati dan rata-rata para pengikut pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku ini gembira dengan perkongsian tersebut.
Rakan-rakan artis seperti Awal Ashaari, Hunny Madu, Susan Lankester dan ramai lagi turut meninggalkan komen dan memuji akan keserasian pasangan ini.
Sekadar info, adik kepada Sam Bunkface ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dengan Ahmad Lutfi Azhar namun disahkan bercerai pada Januari lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings