in ,

‘Mak Leha’ Curang? Biar Betik?

Sejak hadir sebagai pelakon melalui filem pertamanya, ‘Pagar Pagar Cinta” 36 tahun lalu, nama Liza Abdullah tidaklah begitu popular seperti sekarang apabila memegang watak ‘Mak Leha’ dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku’. 

Tidak dinafikan pelakon berusia 56 tahun ini sudah mampu dikenali anak-anak muda generasi Z gara-gara menjadi ibu mertua yang ‘jahat’ waima dibenci netizen.

“Biarlah mereka membenci saya sebagai Mak Leha tetapi tidak sebagai Liza Abdullah,’ jawab pemilik nama penuh Norliza Abdullah ini ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Liza, sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, karya Siti Rosmizah itulah yang paling mencabar dirinya dalam menjiwai watak Mak Leha.

“Memang penat sangat tetapi segala kesusahan yang dialami nampak gayanya berbaloi apabila drama ini berjaya mencipta fenomenanya yang tersendiri. Inilah drama yang saya beri 200 peratus untuk watak Mak Leha.

“Sepanjang tempoh berada di set banyak yang saya lalui sehingga badan terasa amat penat sehingga demam, muka sampai bengkak dan hilang suara tetapi itu tidak menghalang saya untuk memberikan yang terbaik untuk produksi,” cerita Liza panjang lebar.

Katanya, beliau tidak ambil hati segala kutukan netizen malah telah memaafkan mereka walau pun rasa terganggu juga dengan kiriman menakutkan.

“Ada yang letak gambar tapak kaki kat muka malah ada juga yang nak mandrem, hantar gambar patung dicucuk dengan jarum,” ujar Liza.

Apa pun, beliau bersyukur lakonannya dapat perhatian ramai malah berharap dengan kesinambungan ‘7Hari Mencintaiku’ yang dijangka pada tahun 2022, ‘Mak Leha’ akan diberikan watak yang lebih mencabar.

“Saya berlakon bukan untuk mengejar anugerah. Tetapi apabila lakonan saya itu berkesan dan dapat diterima ramai itulah anugerah paling istimewa buat saya,” tambah Liza yang belum pernah menerima sebarang trofi atau anugerah sejak berlakon pada awal tahun 80an lalu.

Khabarnya ‘Mak Leha’ akan dijadikan seorang isteri yang curang dalam ‘7Hari Mencintamu3’ betul ke?

“Itulah apa yang saya dengar tetapi saya sahut apa jua peranan yang diberikan. Sebagai pelakon saya akan buat yang terbaik waima watak apa sekali pun,” akui ibu tunggal beranak lima ini.

Liza pernah berkahwin dengan Zolkilfli Abdul Rahman pada 1988 tetapi memfailkan perceraian pada 2014.

Tidak menafikan ada timbul perasaan mahu berkahwin lagi tetapi segalanya diserahkan kepada aturan Allah.

“Tak tahu lah ramai kenalan yang rapat dengan saya berusia lebih muda,” akuinya tanpa berselindung.

Pun begitu katanya, andai dijodohkan dengan sesiapa sekali pun waima menjadi isteri kedua atau ketiga, beliau tidak akan menolak ketentuan yang telah diaturkan Allah. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah jadi saya tidak mahu komen bab menjadi isteri kepada suami orang ini kerana kita tidak berada di situasi sebegitu,” tambah Liza yang sejak dikenali ramai sebagai ‘Mak Leha’, rezeki lakonannya tidak putus-putus diterima.

Terbaharu katanya, beliau ada menerima tawaran untuk berlakon teater muzikal tetapi belum dapat mengesahkannya waima sehingga hujung tahun jadual lakonannya amat padat.

“Saya memang mahu berlakon teater tetapi itulah jika ada kelapangan, saya sanggup sebab bagi saya apabila dah terima tawaran saya akan memberikan seratus peratus komitmen,” sambung Liza yang khabarnya juga bakal memegang watak seorang ibu tiri yang paling jahat melalui sebuah drama yang judul tentatifnya, “Rahimah Tanpa Rahim’ pada bulan Disember kelak.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

‘Siapa Tak Mahu’ Tonton Tok Ti Bersama Mira Filzah, Hun Haqeem?

Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau!