Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau!

0
14

Wow! Ini Zulin Aziz sekarang, bukan Zulin Aziz dulu tau! Tak percaya?

Apa kata korang jengah ke laman Instagram @zulinaziz yang sudah mempunyai 2.2 juta pengikut berbanding rakan seperjuangannya, Sherry Al-Hadad yang  baharu capai 1.1 juta pengikut walau pun dilihat Sherry lebih banyak tampil dalam pelbagai program tv.

Dahulu Zulin dan Sherry sering dipasangkan bersama ketika awal kemunculan mereka.

Foto Kredit: Bharian.com.my.

Melihat pada gambar-gambar yang dimuat naik dalam laman sosialnya itu, pasti ada yang terkejut kan melihat penampilan Zulin Aziz yang kini sudah langsing gitu berbanding dahulu.

Iya, Zulin sudah mampu menurunkan berat badannya sehingga lebih daripada 20 kg dengan mengamalkan pemakanan produk pelangsingan.

Mengikut katanya, beliau menghabiskan sehingga hampir 4 kotak produk berkenaan sepanjang tempoh PKP dulu.

Jadi jika korang rasa nak turunkan berat badan tu bolehlah ikut cara pemakanan Zulin ya.

Apa pun perkembangan terbaharunya, Zulin dilihat bengang apabila dikaitkan mempunyai kaitan dengan beberapa suspek kes Macau Scam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemilik nama penuh, Farah Azleenda Abdul Aziz, 30, meluahkan rasa kesalnya apabila namanya turut terpalit gara-gara berkawan rapat dengan kumpulan terbabit.

Imejnya bergaul rapat dengan suspek menjadi tular sehingga namanya dikaitkan bersubahat dengan kegiatan penipuan.

“Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia? Aku takde buat perniagaan mahupun kaitan dengan gejala sosial yang lain. Aku pergi rumah masak-masak, main dengan anak-anak dia.

“Apa kena mengena aku pulak yang korang (kalian) hebohkan? Aku sampai sekarang hidup makan gaji, apa yang busuk hati sangat ni?” tulisnya di media sosial yang turut menjadi laporan hangat di beberapa portal berita dalam talian sejak beberapa hari lalu.

Menurut Zulin, memandangkn kes terbabit masih dalam siasatan, para netizen tidak harus cepat menjatuhkan hukuman.

“Tak tahu betul atau tak, dah jatuh hukum sendiri. Kalau fitnah macam mana? Kalau betul kita doakan semoga mereka dihukum. Kalau tak benar, siapa fitnah tu sendiri mahu ingat.

“Sebarkan benda yang sahih dan bukti selepas daripada siasatan, bukan siasatan tengah dijalankan, semua dok buat pandai. Apa ke bodohnya korang, tak ada kerja ke?” lapornya.

Bekas alumni ‘Pilih Kasih’ musim pertama ini memberitahu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut jika pihak yang memfitnah tidak tampil membetulkan keadaan.

“Tolong tag mana satu yang fitnah tu. Aku kena betulkan keadaan dan ambil tindakan. Korang ni naik lemak. Ingat diri tu Tuhan ke?

“Esok lusa kena fitnah, kena kat ahli keluarga kena batang hidung baru tahu. Ya Allah, kau makbulkan doa orang yang teraniaya ni. Amin Ya Rabb,” akhirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here