Amerika Syarikat Sekat Entiti Russia

Pengkritik menyifatkan langkah Trump sebagai tidak mencukupi bagi membalas campur tangan Russia pada pilihan raya AS 2016.

0
589
Foto-Berita Harian

WASHINGTON, 16 Mac – Amerika Syarikat mengenakan sekatan kepada beberapa individu dan entiti Russia disebabkan campur tangan dalam pilihan raya AS dan serangan siber.

Namun sekatan tersebut tidak termasuk pemerintah dan pegawai kerajaan yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin, menyebabkan ahli perundangan Replubikan dan Demokrat memaksa Presiden Donald Trump mengambil tindakan selanjutnya.

Semasa AS berada dalam tekanan untuk bertindak, Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan tindakan paling penting dibuat terhadap Moscow sejak Trump duduki Rumah Putih pada Januari 2017 yang lalu.

Putin dan Trump

Selain mengenakan sekatan terhadap 19 individu dan lima entiti termasuk perkhidmatan perisik Russia, pentadbiran Trump buat pertama kali menyalahkan Moscow kerana membuat serangan siber sejak dua tahun yang lalu.

Baca Selanjutnya di sini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here