Menurut laporan Berita Harian, Nasi Kak Wook sudah lima tahun berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), namun masih menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan jenama itu bagi mengaut keuntungan mudah.
Perniagaan nasi campur yang bertapak lebih 30 tahun itu memiliki nama kukuh di Kelantan, menyebabkan ramai yang mengguna pakai jenama itu.
Pewaris perniagaan, Mastura Ibrahim, 46, yang juga anak kepada Allahyarham Wook Hassan, berkata jenama Nasi Kak Wook, sudah disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh didapati di seluruh Kelantan, malah turut menular ke Kuala Lumpur dan Selangor.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa selain enam cawangan Nasi Kak Wook di sekitar Kota Bharu, kami tidak membuka cawangan lain yang banyak dibuka di Kuala Lumpur.
Baca Selanjutnya Di Sini
GIPHY App Key not set. Please check settings