Pagi ini, semua foto di akaun rasmi Instgram Lindsay Lohan telah dipadam. Lebih gempar bila di ruangan profil tertulis Alaikum Salam.

Ini menimbulkan pelbagai tanya tentang status Lindsay yang berusia 30 tahun itu. Beliau yang sejak kebelakangan ini kurang menonjol banyak terlibat dengan masalah dadah dan alkohol antaranya.

Pelakon dan juga penyanyi tersebut mula dikenali ramai setelah membintangi filem keluaran Disney, antaranya The Parent Trap dan Freaky Friday.

Khabar angin mengatakan Lindsay mula berjinak dengan Islam pada April 2016 setelah dia dilihat dengan senaskah Al-Quran, satu khabar yang disahkan oleh beliau sendiri.

Dia kini berada di Dubai dan selain Instagram, beliau telah memadam semua tweetnya d Twitter.

Tiada lagi reaksi ataupun komen rasmi dari pihak Lindsay mengenai perkara ini, namun kami menjangkakan pengesahan samada Lindsay memeluk islam akan diketahui umum dalam masa terdekat.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari