in

19 Tahun Menanti, 3DIVA Kembali! Giliran Peminat Lama Bawa Gen Z Menyanyi Bersama

JAKARTA: Ada lagu yang mengingatkan kita kepada seseorang. Ada pula yang membawa kembali kenangan zaman sekolah, cinta pertama atau satu fasa kehidupan yang mungkin sudah lama berlalu.

Bagi peminat Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ, selepas 19 tahun menanti, kenangan itu bakal kembali apabila tiga penyanyi tersohor Indonesia tersebut bersatu di pentas Malaysia menerusi 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS].

Konsert yang berlangsung pada 22 November 2026, jam 5 petang di Unifi Arena, Kuala Lumpur bukan sekadar mahu membawa kembali lagu-lagu yang pernah menjadi siulan ramai.

SIAPA: Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ kembali sebagai 3DIVA.

APA: 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] selepas 19 tahun menanti konsert bersama mereka di Malaysia.

BILA: Ahad, 22 November 2026, jam 5 petang.

DI MANA: Unifi Arena, Kuala Lumpur.

ISTIMEWA: Nostalgia lagu hit dengan susunan muzik baharu, pemuzik generasi muda dan pengalaman yang mahu menyatukan peminat lama serta generasi baharu.

TIKET: Harga biasa RM238 hingga RM1,098. Early Bird bermula RM138 sehingga 19 September atau selagi stok masih ada.

Kali ini, peminat yang membesar bersama muzik mereka mungkin sudah datang dengan pasangan, malah membawa anak-anak untuk mengenali sendiri tiga suara yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup ibu dan bapa mereka.

Mahu Satu Arena Menyanyi Bersama

Selepas hampir dua dekad, antara perkara yang paling dinantikan 3DIVA ketika kembali ke Malaysia adalah mendengar ribuan peminat menyanyikan lagu mereka bersama-sama.

“Salah satu perkara yang saya nantikan adalah dapat menyanyi bersama mereka yang datang menonton dan bernostalgia bersama kami bertiga,” kata Titi DJ.

Dengan katalog lagu yang begitu besar hasil perjalanan tiga kerjaya solo yang berjaya, pemilihan lagu menjadi antara perkara penting dalam persiapan TIMELESS.

Menurut Ruth Sahanaya, mereka perlu memilih lagu yang benar-benar mempunyai hubungan dengan peminat Malaysia.

“Daripada begitu banyak lagu hit kami masing-masing, kami benar-benar perlu memilih lagu yang boleh menyentuh hati penonton Malaysia,” katanya.

Setiap lagu mungkin membawa kenangan berbeza.

Lagu yang didengar ketika masih bersekolah atau bercinta dahulu mungkin kali ini dinyanyikan bersama pasangan, sahabat lama atau anak sendiri.

Lagu Lama, Tetapi Dengan Nafas Baharu

Walaupun nostalgia menjadi antara tarikan terbesar TIMELESS, 3DIVA tidak mahu sekadar mengulangi apa yang pernah dipersembahkan hampir dua dekad lalu.

Persiapan kali ini turut memberi perhatian kepada susunan muzik baharu, penglibatan pemuzik generasi muda serta eksplorasi warna muzik berbeza bagi memberikan nafas segar kepada lagu yang sudah dikenali peminat.

Malah dengan karakter vokal Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ yang cukup berbeza, persembahan bersama memerlukan keserasian dari segi pembahagian vokal, harmoni dan cara setiap lagu disampaikan.

Pengalaman bertahun-tahun berkongsi pentas sudah membina chemistry mereka, namun latihan tetap penting apabila lagu-lagu tersebut diberikan susunan baharu.

Mereka juga sedar peminat yang menunggu begitu lama pasti hadir dengan harapan tinggi.

“Sudah tentu penonton datang dengan jangkaan. Kami perlu fikir bagaimana lagu-lagu yang dipersembahkan boleh membuatkan mereka teruja,” kata Titi.

Peminat Lama, Bawa Anak Sekali

Selepas mengikuti perjalanan 3DIVA selama bertahun-tahun, sebahagian besar peminat mereka kini tentunya sudah mempunyai keluarga sendiri.

TIMELESS membuka peluang untuk muzik tiga diva ini dinikmati merentasi generasi.

“Mudah-mudahan ibu bapa akan membawa anak-anak mereka ke konsert. Mungkin mereka akan tertanya-tanya tentang lagu-lagu yang membawa begitu banyak kenangan kepada ibu mereka,” kata Titi.

Namun mereka juga sedar generasi hari ini mempunyai cita rasa muzik sendiri dan tidak mahu memaksa Gen Z untuk mengenali mereka.

{“ARInfo”:{“IsUseAR”:false},”Version”:”1.0.0″,”MakeupInfo”:{“IsUseMakeup”:false},”FaceliftInfo”:{“IsChangeEyeLift”:false,”IsChangeFacelift”:false,”IsChangePostureLift”:false,”IsChangeNose”:false,”IsChangeFaceChin”:false,”IsChangeMouth”:false,”IsChangeThinFace”:false},”BeautyInfo”:{“SwitchMedicatedAcne”:false,”IsAIBeauty”:false,”IsBrightEyes”:false,”IsSharpen”:false,”IsOldBeauty”:false,”IsReduceBlackEyes”:false},”HandlerInfo”:{“AppName”:2},”FilterInfo”:{“IsUseFilter”:false}}

“Kita juga perlu sedar bahawa kita tidak boleh memaksa Gen Z datang menonton kami. Penonton utama kami masih generasi yang membesar bersama kami,” katanya.

Bagaimanapun, rasa ingin tahu serta minat terhadap muzik boleh menjadi pintu kepada generasi muda untuk mengenali karya 3DIVA.

Kemunculan bakat baharu yang terus menyanyikan lagu mereka juga disambut baik.

“Kami gembira kerana dalam industri ini, kami mahu melihat regenerasi dan generasi baharu terus muncul,” kata Kris Dayanti.

Kenangan Bersama Tun Dr. Mahathir Masih Melekat

Hubungan 3DIVA dengan Malaysia bukan hanya terhad kepada muzik.

Antara kenangan yang masih diingati mereka ialah kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada salah satu persembahan terdahulu di Malaysia.

“Kami tentunya bersyukur sekiranya Tun Mahathir berkesempatan untuk datang lagi kerana itu antara perkara yang masih kami ingat. Ia menjadi kenangan yang sangat bermakna buat kami,” kata Kris Dayanti.

PrintIM

Ruth pula masih mengingati bagaimana mereka dapat melihat reaksi bekas Perdana Menteri Malaysia itu dari atas pentas.

“Dari atas pentas, kami dapat melihat beliau tersenyum dan menikmati persembahan,” katanya.

Setakat ini, kehadiran Tun Dr. Mahathir ke TIMELESS belum disahkan. Namun memori tersebut memperlihatkan betapa kuatnya kenangan 3DIVA terhadap persembahan mereka di Malaysia.

TIMELESS Bukan Mahu Angkat Diri Sendiri

Bagi Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ, penggunaan nama TIMELESS juga bukan bermaksud mereka mahu mengangkat diri sebagai penyanyi yang tidak ditelan zaman.

Sebaliknya, ia merupakan tanda penghargaan terhadap peminat yang terus memberikan mereka ruang dalam industri muzik selepas perjalanan kerjaya yang begitu panjang.

“Timeless bukan bermaksud kami meletakkan diri sendiri terlalu tinggi atau mahu bersikap sombong. Ia sebenarnya satu ungkapan rasa syukur dan penghargaan kerana sehingga hari ini, kami bertiga masih mampu berdiri kukuh dalam industri ini,” kata Ruth.

Bagi peminat lama, 22 November nanti mungkin menjadi peluang untuk kembali kepada lagu yang menemani pelbagai fasa kehidupan mereka.

Bagi generasi baharu pula, inilah peluang untuk mengetahui sendiri mengapa nama Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ terus mempunyai tempat tersendiri dalam industri muzik serantau.

Selepas 19 tahun, mungkin kali ini ibu yang menyanyi paling kuat, sementara anak di sebelah baru mula mengenali lagunya.

Early Bird Bermula RM138

3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS] bakal berlangsung pada Ahad, 22 November 2026, jam 5 petang di Unifi Arena, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh T-Rex Studio Sdn Bhd, konsert itu turut disokong Suria FM sebagai Official Radio Partner serta F8Buzz dan Murai.my sebagai Official Digital Partners.

Harga tiket biasa bermula RM238 hingga RM1,098, manakala promosi Early Bird bermula serendah RM138 sehingga 19 September 2026 atau selagi stok masih ada.

Bagi mereka yang mahu hadir bersama keluarga atau rakan-rakan, pakej “Semua Jadi Satu” pula menawarkan tiket VIP pada harga RM798 setiap satu dengan pembelian minimum empat tiket.

Tiket boleh didapati menerusi MAISEAT dan Trip.com. Semua harga tiket tidak termasuk caj tempahan.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Trevor Noah Bakal Gegarkan Kuala Lumpur November Ini

Nak Jumpa Hendery? IN2IT Tawar Peluang Beramah Mesra Dengan 100 Peminat