in ,

Tinggal Beberapa Hari Je! Rebut Peluang Bawa Pulang Nissan Kicks Sebelum Lap 3 Tamat

Masa semakin suntuk buat pelanggan Tonton yang menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top! apabila Lap 3 bakal melabuhkan tirainya pada 26 Julai 2026 (Ahad), jam 11.59 malam.

Masih ada peluang untuk peserta mengumpul lebih banyak mata sekali gus meningkatkan peluang membawa pulang hadiah utama berupa Nissan Kicks e-POWER 1.2L VL, selain pelbagai hadiah menarik lain.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Tonton.

APA
Lap 3 kempen Tonton Non Stop, On Top! bakal berakhir.

BILA
26 Julai 2026, jam 11.59 malam.

DI MANA
Platform penstriman Tonton.

KENAPA
Memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata untuk memenangi Nissan Kicks e-POWER dan pelbagai hadiah menarik.

Gandakan Mata Dengan Turboost

Bersempena hujung minggu terakhir Lap 3, Tonton menawarkan ganjaran 2X mata Turboost kepada pelanggan yang menonton beberapa judul terpilih.

Antara kandungan yang layak menerima mata berganda ialah:

  • BRU: Masin & Manis
  • Salju & 7 Buaya
  • 7 Hari Mencintaiku
  • 7 Hari Mencintaiku 2
  • 7 Hari Mencintaiku 3

Menerusi tawaran ini, peserta boleh mengumpul mata dengan lebih pantas sebelum pusingan ketiga berakhir.

Cara Sertai Kempen

Penyertaan kempen ini cukup mudah dan terbuka kepada pelanggan yang melanggan pakej Tonton selama 3 bulan atau 12 bulan.

Selepas melanggan, peserta hanya perlu menonton mana-mana kandungan yang terdapat dalam Tonton Non Stop, On Top! Special Checklist dan penyertaan akan direkodkan secara automatik.

Mata akan diberikan berdasarkan tempoh tontonan, di mana setiap 1 minit tontonan rancangan terpilih memberikan 1 mata, manakala kandungan Turboost menawarkan 2 mata bagi setiap minit tontonan.

Selain itu, pelanggan yang membeli langganan melalui laman microsite rasmi kempen turut menerima mata bonus, iaitu 100 mata untuk langganan tiga bulan dan 400 mata bagi langganan 12 bulan.

Kod penebusan bagi hadiah langganan pula akan dihantar dalam tempoh 48 jam selepas pembelian dibuat.

Mata Akan Ditetapkan Semula Setiap Lap

Tonton turut memaklumkan bahawa jumlah mata peserta akan ditetapkan semula pada penghujung setiap lap bagi menentukan pemenang baharu untuk pusingan berikutnya.

Ini bermakna setiap peserta mempunyai peluang yang sama untuk bersaing pada setiap lap tanpa dipengaruhi kutipan mata daripada pusingan sebelumnya.

Selepas Lap 3 berakhir pada 26 Julai ini, kempen akan diteruskan dengan Lap 4 bermula 27 Julai hingga 9 Ogos 2026.

Pemenang bagi setiap lap akan dipilih berdasarkan jumlah mata ganjaran tertinggi dan diumumkan menerusi media sosial rasmi Tonton atau e-mel.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

10 Tahun Simpan Cerita, Syamel Akhirnya Lancarkan Album Sulung