in ,

7 Lagu Raya, 13 Juta Stream, Rocketfuel ‘Raja’ Lagu Raya?!

Label hiburan tempatan Rocketfuel Entertainment terus mencuri perhatian apabila tujuh lagu raya terbitan mereka berjaya meraih lebih 13 juta penstriman digital secara keseluruhan.

Kejayaan ini hadir melalui kempen “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment” yang menghimpunkan pelbagai lagu raya daripada artis di bawah naungan mereka.

Antara lagu yang mendapat sambutan hangat termasuk “Rindu Raya” oleh ALPHA, “Kampung Kita” oleh Wani Kayrie, “Raya Macam Raya” hasil kolaborasi Hael Husaini dan ALPHA, “Duit Raya” oleh Sharul Kamal dan Mierul Aiman, “Senyum Gugur Di Penghujung Doa” oleh Dayang Nurfaizah, “Restu Raya” oleh Nadeera serta “Lagu Raya Untukmu” oleh Hael Husaini.

Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Rocketfuel sebagai antara label yang konsisten menghasilkan lagu raya yang dekat dengan pendengar setiap tahun.

Artis Popular Terus Cipta Momentum

Selain kejayaan lagu raya, barisan artis Rocketfuel turut aktif dengan pelbagai perkembangan dalam kerjaya masing-masing.

Antaranya Wani Kayrie yang kini sedang membuat persiapan ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-40 menerusi lagu viralnya.

“SFMM40 adalah pentas yang sangat besar dan bermakna buat saya. Saya sedang membuat persiapan rapi dari segi vokal, persembahan dan emosi untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Dalam masa sama, Hael Husaini turut dijangka tampil dengan kolaborasi baharu tahun ini, manakala Nadeera bakal melancarkan single terbaharu berjudul “Cuba Jadi Aku” pada Jun 2026.

Di peringkat antarabangsa pula, duo dari Korea Selatan HoonDoo turut melancarkan lagu “Jejak Yang Tertinggal” sebagai runut bunyi drama tempatan.

Perkembangan Artis Dalam Dunia Lakonan

Bukan hanya dalam muzik, artis Rocketfuel juga aktif dalam dunia lakonan dan kandungan digital.

Antaranya Mierul Aiman yang bakal muncul dalam filem “Tarung”, manakala Fazziq Muqris akan membintangi filem “Kata Hati”.

Selain itu, Qistina Rania bakal tampil dalam filem “Darah Gagap”, manakala Bella Dowanna pula akan muncul dalam siri “Ate Kome”.

Evertts Gomes dan Hawa Rizwana juga bakal bergandingan dalam siri romantik “PL I Love You”, sementara Arabella Ellen akan membintangi drama “Wishlist”.

Bakat Baharu Mula Menyerlah

Dalam masa sama, Rocketfuel terus memberi ruang kepada bakat baharu untuk berkembang dalam industri.

Antara yang mencuri perhatian ialah Qal G yang tampil dengan single terbaharu “Seharusnya Aku” sebagai kesinambungan kepada lagu debutnya sebelum ini.

Selain itu, Awienit yang juga finalis program Big Stage Alpha bakal melancarkan single sulungnya di bawah Rocketfuel tidak lama lagi.

Langkah ini menunjukkan komitmen Rocketfuel dalam memastikan kesinambungan generasi artis baharu dalam industri muzik tempatan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pelakon Wanita Popular Jatuh Cinta Dengan Driver E-Hailing?

M. Nasir Belum Selesai, CIPTA 4 Penamat Siri Konsert Ikonik