in

Tak Kejar Nombor Satu, Syaffiq Sahli Anggap Tempat Kedua TikTok Livefest 2025 Sebagai Kemenangan Peribadi

Nama Syaffiq Sahli terus mencuri perhatian apabila sekali lagi membuktikan keupayaannya di pentas digital dengan meraih tempat kedua TikTok Livefest 2025, sekali gus mengekalkan rekod konsisten selama tiga tahun berturut-turut dalam pertandingan berprestij itu.

Walaupun tidak menamatkan saingan di kedudukan teratas seperti dua edisi terdahulu, Syaffiq menyifatkan pencapaian terbaharu itu sebagai satu kejayaan besar yang hadir bersama pelbagai pengorbanan.

🎤 RINGKASAN RINGKAS SYAFFIQ SAHLI
  • Syaffiq Sahli raih tempat kedua TikTok Livefest 2025
  • Rekod konsisten tiga tahun berturut-turut bertanding
  • Pernah meraih tempat pertama pada dua edisi terdahulu
  • Bertanding dalam kategori Fandom & Talent Music
  • Menjalani tempoh pertandingan hampir dua bulan
  • Jelajah Indonesia selama 25 hari demi kandungan & peminat
  • Dibantu pasukan Pandarian & Agensi Intolive
  • Fokus 2026: perniagaan, paranormal & seni persembahan

Menurut Syaffiq, setiap tahun membawa cabaran berbeza dan edisi kali ini menuntut komitmen lebih tinggi, bukan sahaja dari segi masa malah tenaga mental dan fizikal.

“Bagi saya, dapat berada di kedudukan ini pun sudah cukup bermakna. Saya pernah di tempat pertama, dan tahun ini di tempat kedua pun tetap satu kemenangan,” – Syaffiq Sahli.

Syaffiq, yang juga dikenali sebagai penyanyi dan pencipta kandungan, menjelaskan bahawa perjalanan sepanjang hampir dua bulan pertandingan bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila kandungan perlu sentiasa segar dan relevan.

“Orang hanya nampak saya ‘live’, tapi di sebalik itu ada tekanan, perancangan dan keletihan. Mujur saya dikelilingi pasukan yang kuat,” ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada pasukan Pandarian dan Agensi Intolive.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, Syaffiq mendedahkan dia terpaksa memecahkan fokus kepada beberapa cabang kandungan termasuk nyanyian, eksplorasi paranormal dan perniagaan, terutama ketika memasuki fasa kritikal Livefest.

Lebih menarik, sokongan peminat dari luar negara turut mendorongnya untuk melakukan jelajah kandungan ke Indonesia selama hampir sebulan, merangkumi beberapa lokasi seperti Malang, Surabaya dan Kediri.

“Saya ke sana bukan sekadar buat kandungan, tapi untuk hargai peminat yang sentiasa menyokong,” katanya.

Bekas peserta program Gimme The Mic itu turut bertanding dalam dua kategori utama iaitu Fandom dan Talent Music, dan berjaya meraih tempat kedua bagi kedua-dua kategori tersebut.

Dalam perkembangan lain, Syaffiq memaklumkan fokusnya pada tahun ini lebih tertumpu kepada dunia perniagaan serta kandungan paranormal, namun tidak sesekali meninggalkan bidang seni.

“Ini tahun ke-14 saya dalam industri. Lakonan dan seni tetap sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Kesemua pemenang TikTok Livefest 2025 dijadualkan diraikan dalam majlis penghargaan di Phuket, Thailand, sebelum wakil terpilih meneruskan sambutan kemenangan di Las Vegas bagi peringkat global.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Radhi OAG Pilih Tenang, Anggap Episod Mahkamah Sebagai Proses Tuhan Mendidik

Kes Ozora Diadaptasi Ke Filem, Papar Isu Keadilan & Penyalahgunaan Kuasa