KUALA LUMPUR, – Lagu legenda ‘Hanya Doa’ ciptaan Awang BPR kini kembali dalam versi moden oleh penyanyi Aceh, Mohderzam dan lagu ini dijangka akan diterima ramai di Malaysia dan juga di Aceh dengan membawa emosi dan jiwa Aceh ke pendengar generasi baru.
Awang BPR, komposer otai dengan lagu hits seperti Segalanya Ku Terima dan Hanya Padamu, menyerahkan karya ini untuk dirakam semula kepada Mohderzam untuk membawanya kepada sentuhan moden yang selari dengan trend muzik galau semasa.
1. Lagu: Hanya Doa, ciptaan Awang BPR, lirik I.Kay.
2. Versi Baru: Nyanyian Mohderzam dengan susunan moden & jiwa Aceh.
3. Tarikh Release: 10 Oktober 2025 di semua platform digital.
4. Video Muzik: Dirakam di Gampong Atong, Aceh Besar, pemandangan sawah terasering.
5. Penerbit: Miles Films / Luncai Emas & Haba Music (Aceh).
6. Kolaborasi: Malaysia & Aceh — buka peluang muzik merentasi sempadan.
7. Sejarah Mohderzam: Popular dengan lagu *Hanle Merindu* & *Payong Hitam*.
8. Harapan: Lagu diterima di Malaysia & Aceh, jadi siulan peminat, penuh emosi & nostalgia.
Mohderzam yang berasal dari Suak Raya, Aceh, mula terkenal dengan lagu Hanle Merindu pada 2022 dan beliau turut popular menerusi versi moden lagu Payong Hitam yang telah berjaya menarik perhatian penonton di Aceh dan media sosial.
“Suatu kebanggaan menyanyikan ‘Hanya Doa’ ini adalah lagu ini sangat bermakna dan dapat sentuhan dari Awang BPR yang merupakan legenda dalam industri muzik Malaysia serta liriknya juga ditulis oleh I.Kay,” – Mohderzam.
Versi baharu ini mengekalkan kekuatan mesej asal sambil menambah nuansa Aceh yang syahdu dengan suaranya yang penuh emosi membuat pendengar lagi mudah untuk terhanyut tanpa menghilangkan keaslian lagu.
“Kekuatan lagu bergantung pada irama dan dendangan penyanyi yang menyatu dengan melodi. Semoga ‘Hanya Doa’ menjadi lagu siulan semua pendengar di media sosial,” – Awang BPR, Komposer.
“Dendangkanlah ‘Hanya Doa’ dengan jiwa dan keikhlasan. Biarkan ia sentiasa di sanubari semua pendengar. Itulah bezanya lagu yang ‘bernyawa’ yang bukan sekadar cuma bait-bait perkataan sahaja. Harapan kami semoga Erzam terus berjaya membawa ‘Hanya Doa’ menjadi sebuah lagu yang bernadi indah terpahat di jiwa semua peminat,” – I.Kay, Penulis Lirik.
Video muzik ini dirakam di Gampong Atong, Aceh Besar yang terkenal dengan sawah terasering hijau dan jalan berkelok yang viral di media sosial membuatkan lokasi ini menambah visual yang menenangkan dan syahdu pada MV.
Sebagai label rakaman, Luncai Emas terbuka dengan apa – apa kerjasama yang membuka ruang karya muzik ini ke peringkat antarabangsa.

Haba Music, Aceh, melihat Mohderzam sebagai batu loncatan dan mampu mengulang sejarah seniman Aceh seperti P. Ramlee dan Bob Rizal.
Kerjasama ini diharap menjadikan ‘Hanya Doa’ diterima di Malaysia dan Aceh, seperti karya terkenal komposer tempatan lain seperti M. Nasir, Pak Ngah, Saari Amri dan LY.
Versi audio dan video telah disiapkan di Aceh dan ‘Hanya Doa’ versi Mohderzam telah dirilis di semua platform digital pada 10 Oktober 2025, sementara video muzik boleh ditonton di YouTube Luncai Emas.



GIPHY App Key not set. Please check settings