KUALA LUMPUR – Isu kesihatan seksual lelaki, termasuk gangguan fungsi ereksi (Erectile Dysfunction, ED), semakin diberi perhatian di Malaysia.
Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa dua daripada tiga lelaki berisiko mengalami keadaan ini sepanjang hidup mereka. Masalah tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada keyakinan diri, tetapi juga boleh mempengaruhi keharmonian rumah tangga serta kesejahteraan keluarga.
Menurut Pengarah Urusan HIM Wellness, Dr. Ahmad Samhan, sebahagian lelaki masih enggan mendapatkan rawatan kerana berasa malu, sehingga ada kalanya pasangan mereka yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan.

“Kesihatan seksual lelaki bukan hanya isu peribadi. Ia turut memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat. Apabila lelaki berada dalam keadaan sihat, kehidupan rumah tangga lebih stabil dan produktiviti seharian juga meningkat.
“Masalah ini berkait rapat dengan faktor fizikal, gaya hidup, tekanan mental serta tahap kesihatan keseluruhan. Pendekatan moden yang melibatkan pemeriksaan awal, rawatan perubatan, amalan hidup sihat dan sokongan psikososial penting untuk penyelesaian jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Seminar Pengukuhan dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Sungai Besi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seminar ini memberi ruang perkongsian interaktif bersama pakar kesihatan lelaki, dengan fokus kepada penjelasan mengenai mitos dan fakta berkaitan kesihatan seksual, kepentingan rawatan awal, serta galakan untuk lelaki mendapatkan bantuan tanpa rasa segan.
Dr. Ahmad Samhan menambah bahawa program seumpama ini dapat membantu memecahkan stigma dan mengubah persepsi masyarakat bahawa kesihatan lelaki merupakan sebahagian penting daripada kesejahteraan keluarga dan negara.

HIM Wellness Sdn. Bhd., sebuah pusat kesihatan lelaki di Kuala Lumpur, berperanan meningkatkan kesedaran serta kesejahteraan lelaki Malaysia. Pusat ini turut menyokong usaha KKM dalam memperkukuh kesihatan masyarakat melalui pendidikan, konsultasi profesional dan program kesedaran awam.



GIPHY App Key not set. Please check settings