Pelakon, Idzham Ismail kembali mencuri perhatian selepas menyatakan dirinya sedang menunggu kehadiran teman hidup baharu pasca bercerai.
Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36, menyatakan di dalam posting berkenaan bahawa ada pihak yang menyuruhnya mencari pasangan baharu dek kerana simpati terhadap anak-anaknya.
“Kesian anak-anak,” tulisnya.
Video tersebut kemudiannya membuat peralihan daripada gambar Idzham bersama dua orang cahaya matanya kepada foto solo aktor tersebut dengan kapsyen ‘Kita tunggu bidadari baru je’.
Posting berkenaan mendapat perhatian warganet di mana rata-ratanya berseloroh menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada aktor filem Air Force berkenaan.
Terdahulu, Idzham mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya menerusi hantaran di Instagram Stories dan menegaskan tidak akan kembali bersama semula.
Idzham mengakui berdepan kemelut rumah tangga sejak empat bulan lalu yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 10 Oktober lalu.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.
Sumber: TikTok
GIPHY App Key not set. Please check settings