Pelakon, Fattah Amin meraih perhatian apabila memaklumkan dirinya lebih memilih wanita bijak berbanding cantik menerusi satu temu bual yang tular di TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di aplikasi tersebut, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin memberikan jawapan itu ketika bermain permainan ‘This Or That’ untuk menggambarkan personalitinya.
Antara soalan yang diajukan adalah seperti adakah Fattah peminat kopi atau teh dan termasuklah wanita bijak atau pun lebih cenderung memilih wanita yang mempunyai paras rupa yang cantik.
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok
GIPHY App Key not set. Please check settings