Pelakon Azhar Sulaiman, 54, menasihatkan artis baharu agar tidak lupa diri jika meraih populariti. Menurutnya, sikap sombong hanya akan menyulitkan kerjaya seni.
“Apabila sudah ada harta, kuasa dan nama, jangan poyo sangat apabila bercakap,” katanya.
Azhar menekankan bahawa populariti dan wajah kacak sahaja tidak cukup untuk kekal relevan dalam industri seni.
“Kalau muka kacak tetapi Tuhan tak buka rezeki, tetap tidak ke mana,” jelasnya.
Beliau turut mengulas hasrat pelakon baharu yang bercita-cita memenangi anugerah antarabangsa seperti Oscar.
Azhar berkata, tidak salah mempunyai impian besar, tetapi artis perlu menghargai platform sedia ada di negara ini.
“Jangan sesekali memperlekehkan usaha yang dilakukan untuk industri seni kita.”
Azhar Sulaiman
Azhar juga menyeru artis baharu untuk memanfaatkan pelbagai platform tempatan dan antarabangsa, termasuk media sosial, bagi memperkenalkan bakat mereka.
“Kita sudah ada banyak platform penstriman yang boleh bantu pamer bakat pelakon tempatan di mata dunia,” tambahnya.
Beliau mengingatkan bahawa rezeki tidak hanya datang dari penampilan tetapi juga usaha dan peluang yang dimanfaatkan.
Sebelum ini, pelakon Beto Kusyairy turut memberi nasihat agar artis tidak terlalu memasang angan-angan tinggi tanpa berpijak di bumi nyata.
GIPHY App Key not set. Please check settings